Monday, March 23

Alhamdulillah. bru selesai menelaah novel 'Aku Ada Wali'  yg sebelum ni terasa malas amat nk baca.
Akhirnya kekuatan dan dorongan minat membaca yg ditiup kawan2 membuahkan hasil..! yey.!!  :P

Agak cemburu dengan watak yg dimainkan oleh Syumaila. Seorang muslimah yg sangat2 menjaga dirinya. Tiada masa melayan lelaki. Hanya ingin menerima lelaki yg benar2 berani jumpa dengan walinya.

Mustahil la kan kalau nak kate dia mmg tak ada perasaan pada mana-mana lelaki. Ada.. ada punya. manusia kot. Yes,, dia ada rasa satu perasaan aneh terhadap Mu'tasim, seorang presiden persatuan yg 'alim dan beragama. Sape tak cair nengok pak ustad :P kuikuikui..

dan Mu'tasim pun minat giler kat Syumaila. Cuma.. tu la.. slek sikit.. Cara pendekatan Mu'tasim tu agak ekstrem. Terus nak kaut 2 orang buat bini. perh! tamak haloba.! tahu la Islam membenarkan poligami. Tapi kalau sampai bru kahwin nak dapat madu dah.. perh.! sape sanggup :P kejam3..

Okey.. tak kisah la.. yg penting, aku dapat banyak pengajaran daripada novel yg setebal hampir 500 muka surat tu. Alhamdulillah. membuatkan diri kembali subur dengan cita2 nak capai watak wanita solehah di bumi ni.

Dugaan hari ni agak mencabar. Allah sedang menguji sesuatu yg sangat aku lemah. :( hm..

Jujurlah aku sebenarnya bimbang dengan masa depan aku. ya berkenaan jodoh. Jika ditakdirkan jodohku bertemu dengan ajal dulu, adakah aku sudah bersedia? itu da masalah besar.

Atau mungkin, jika diizinkan aku bertemu jodoh aku di dunia ini, bagaimana pula permulaan perkenalanku dgn dia? 






Aku tak mahu terlampau berangan mendapatkan seorang ustaz yg mungkin daripada sekolah pondok, tahfiz. mashaAllah. boleh katakan suamiku encik perfect 100 .. Sebab aku sendiri tak merasakan aku layak utk lelaki seperti  tu. Bagi ayah aku sendiri pernah berpesan, asalkan dia dapat membimbing aku , keluarga aku, anak2 aku.. Dia tahu agama. tahu asas2 hukum dalam agama.

Bukan lah sekadar asas Islam semata. mesti lah selevel supaya senang la nanti aku tak ambil tugas seorang suami yg sepatutnya mengajar isteri tentang selok belok agama kan? 

Ya. memilih agama itu yg paling utama. insyaAllah :) Addeen kan ^_^

ehem3

############################################

Anggaplah ini warkah buat cerminan diri ini.

23032015

Orang kate jodoh kita adalah cerminan diri kita. Nak dapat jodoh baik, kene jadi baik. Nak dapat suami/isteri soleh/ah kena la jadi macam tu jugak. 

Bohong la kan kalau kita tak cuba utk jd yg lebih baik dari semalam. :)

Alhamdulillah..

Cuma, kadang2 kita terleka kan? saya terleka, awak terleka. kita sama2 terleka. 
Leka dibuai mimpi yg tiada kesudahannya.

Suka. mana boleh tak suka bila ada orang sudi menghiburkan diri kita. Rajin melayan. rajin di layan. 


Tapi.. dalam kesukaan tu. Ada yg tak suka. dan jauh di sudut hati kita, kita sendiri tak suka akan perbuatan tu kan? Saya merasainya, dan saya yakin awak pun merasai perkara yg sama.

saya bimbang kesan dan implikasi yang kita bakal hadapi.

Jodoh kita masih misteri. Walaupun awak berada disisi. 
Tidak mustahil jika satu hari nanti saya/awak pergi.
Dan yang lain pula mengganti.

Kerana itu, saya berulang kali mengikat janji. Walaupun tahu kemungkinan dikhianati.
Sebab diri awak dan saya hanya insan kerdil. Yang hidupnya terikat pada takdir Ilahi.

Kita merancang, Allah merancang.
Kita usaha, tapi kalau Dia tidak merestui, kita tiada kuasa :')

Saya ingin menguatkan keyakinan saya pada Sang Pencipta.
Kerana Dia yg cipta awak dan saya, 
kerana Dia lah yg menggerakkan hati awak dan saya,
Kerana Dia, kita berjumpa.
dan kerana Dia, kita boleh juga berpisah :')

Segala impian yg saya idamkan tidak mustahil utk kita kecapi,
Asalkan doa sentiasa kita iringi,
Allah tidak pernah melarang timbulnya perasaan ini,
Cuma boleh atau tidak kita mampu mengawal diri.

Saya tak mahu menjadi penghalang iman awak meningkat,
saya juga tak mahu awak punca saya rebah dan tersadai,

sebab saya bimbang, saat saya rebah awak tiada lagi utk saya harapkan.

Jangan fikir bukan2,,
Saya tidak mahu segalanya menjadi sia2,
Segalanya membuang masa,
Saya ingin lihat hasilnya.
saya inginkan buktinya.

Jangan fikir bukan2,,
Kehidupan yg panjang ini penuh pancaroba,
Kita kuat atau tidak menghadapi semuanya?
Nak ke kita jdi golongan yg rugi kelak?

Saya tak mahu dakwah kita terganggu kerana soal hati,
kerana itu saya ingin mengundur diri.
Bukan tidak sudi tetapi menghormati.
Saya hormati hati saya, saya hormati diri awak.


Ayuh kite persiapkan diri menjadi hamba-Nya yg setia,
Setianya kita pada Ilahi, InsyaAllah setia kita pada pasangan kita nanti :)

Macam gambar atas ni, kalau kita yakin dan kita nak sangat sesuatu tu, kita mesti berikan yg terbaik utknya, buat masa sekarang yg terbaik utk kita, kita berhenti dari segala perkara lagho, suatu hari, jika ditakdirkan kita berjumpa kembali, jika Allah tidak membolak balik kan hati kita, kita mesti jumpa lagi.

Kalau tak jumpa, anggaplah ada yg lebih baik menanti kita berdua :')

Saya akhiri warkah ini dgn kata2 yg sering diucapkan Syumaila,

'Jika berminat, dapatkan secara terhormat :')'

kerana yg terhormat itu sukar utk ditolak.

-Sekian, مز ن

No comments:

Post a Comment