Saturday, October 11

Ikhtilat By Ustaz Adnin Roslan (Blogger Tarbiyah Sentap) & Dr Nadhirah

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah.. Semalam Allah memilih aku dan 2 orang sahabat ku yang lain untuk join forum tentang ikhtilat. Ramai yang tak dapat join sebab assignment belambak.. Hm..

Malam tu amatlah terasa bahawa Allah memilih aku memang untuk mendengar dan tarbiyah diri ni.. Keadaan diri yang agak terumbang ambing tika ini, Allah bagaikan memberi tamparan padu ke wajah aku mengenai ikhtilat.. Aku banyak salah faham tentang Ikhtilat.. Hina terasa diri ini.. Allahu..

Jadi, disini  Aku nak share serba sedikit point yang aku tulis daripada Forum tersebut. Memang sentap ayat2nya.. Selamat membaca ;)


**********************************************************

Apakah Ikhtilat & hukum ikhtilat & pandangn Islam terhadap Ikhtilat..
Ikhtilat :Percampuran lelaki dan perempuan, Ikhtilat : Faktor kejatuhan Belia Islam masa kini. Godaan dan tipu daya syaitan lebih BESAR dan kuat serta LICIK dengan budak2 yang berlatar belakangakan agama, sekolah agama, fakulti agama, kos agama.. (sentap) huhu
Hukum: asalnya HARAM boleh jadi HARUS dalam beberapa perkara ; DARURAT : utk menyelamatkan nyawa. Hajat : dalam pembelajaran, perbincangan hal2 program dll.. Silaturrahim : Melayani tetamu dan menghadiri kenduri..
Ada 7 Jalan yang mendekatkan diri ke arah penzinaan 1- Pandang2 2- Senyum2 3- Hai2/chatting 4- Buat temujanji 5-Berjumpa, berdua22an 6- Zina 7- Dua2 masuk neraka >,<

Apakah Etikanya & syarat2nya?
-Jaga mata 'Jika mata tertutup, semua pintu kejahatan juga tertutup'
-Keadaan pertemuan/perjumpaan tidak mendatangkan fitnah *Tak berdua2an *Tempat persekitaran perlu disekitar orang ramai.
-Menutup aurat dengan SEMPURNA *Highlight utk prempuan.. so x yah kot nk share..huhu
-Serius bila berurusan *Jangan menyimpang lain2.. (sentap)


Zaman sekrg ni makin byk jalan yg menjerumus ke arah ikhtilat..
FB, Whatsapp, wechat dll..
Nak jage ikhtilat dlm laman sosial.. Dua2 pihak kene ambil peranan masing2.. -Perempuan ni sifat die ingin dipuji.. dan sebb tu la suke sgt nk upload gmba dlm fb, insta and so on...(sentap) -Lelaki pulak.... jangan like, komen share bagai.. sbb klu laki x like, prempuan pon akan sedar. 'ala.. ak ni x cntik kot.. x nk la upload da..' -haha ayat ustaz tu..
dapat pointnye kan?
Kenapa Ikhtilat sangat diambil perhatian??
TUJUAN NYA ADALAH...
untuk memelihara & menghormati wanita..
Jadi, kalau lelaki yang suka ngajak wanita berikhtilat, mksudnya laki tu x hormatkan wanita tu.. x menjaganya.. merosakkan maruah wanita itu..
Perempuan pulak.. klu dia sendiri yang berikhtilat.. dia sendiri yang rosakkan dirinya, maruahnya dan sebagainya.. (sentap)

98% kajian yang telah dijalankan (maaf x ingat kajian hok mana) menunjukkan.. Setiap lelaki yang berhubung dengan wanita pasti akan naik syahwatnya..!!

Lelaki yang menafikannya adalah pembohong besar.

gulps.. agak serem siket tang ni >,<

Berukhwah berlainan jantina itu WAJIB.
Tapi, faham x ukhwah tu ape??
UKHWAH tu... adalah stu perhubungan/ pertubuhan/ kumpulan yang membawa kearah kebangkitan islam..
Jadi, kalau kita bersamaan jantina sekali pon.. tapi mengajak tgk citer korea, tgk wayang sekali pon.. itu bukan UKHWAH.. sbb perkara2 tu menjatuhkan islam..
-Saling menjaga ikhtilat itu adalah ukhwah.. sbb membawa ke arah kebangkitan islam..
Ramai orang skrg menggunakan istilah ISLAMIK untuk menghalalkan ikhtilat.. SALAH sekali..


Orang yang terlalu menjaga ikhtilat ini jumud ke? syadid sangat ke? extreme sgt ke??
"Islam itu dtg dalam keadaaan yang asing. Dan ia akan berakhir dengan keadaan yang asing juga. Maka beruntunglah golongan yang asing itu"
-Cuba utk tutup jalan2 ikhtilat.. Left group lagho (sentap)
"Orang yang paling terpuji disisi Allah adalah orang2 yang bertaqwa" Allah x tgk rupa, jasad kita.. Allah lihat pada amalan kita..
-Jangan terlalu mengharapkan pujian manusia.. Allah dapat menilai hati kita..

Apakah cara & langkah2 jaga ikhtilat yang dibenarkan syara' ?
1- Fahami asas2 ikhtilat (hukum)
2- UNFRIEND, UNFOLLOW berlainan jantina (sentap)
3- JANGAN SIMPAN NOMBOR TELEFON berlainan jantina (sentap)
4- Jangan berkawan dengan orang yang kaki ikhtilat.. x pandai jga ikhtilat.. *Nak tahu kita ni cmna orangnya, tgk bilamana, orang datang kat kita bercerita perkara2 lagho sebab kita sendiri mcm tu..
5- Orang berikhtilat ni, sebab dia tak merasa kemanisan ukhwah sesama jantina.. jadi, cuma untuk mencari sahabat yang boleh menjadi 'bahu' kita tatkala kita dilanda musibah.. dan jadi sahabat yang boleh menjadi 'bahu' kawan lain ketika mereka dilanda musibah..
6- Elakkan tengok filem2 yang berunsurkan seks.. (korea, hindustan dan lain2)
7- Sebokkan diri dengan urusan dakwah & tarbiyah *Cuba bayangkan Rasulullah ada bersama kita sekrang, dan bayangkan betapa sedihnya Rasulullah tgk belia masa kini menangis kerana putus cinta.. sebok dengan cinta dunia.. (sentap)
#Nak tak nak berubah atas tangan kita skrg..

Ikhtilat itu MAKSIAT
-kalau mulakan sesebuah perkahwinan itu dengan berikhtilat, kamu rasa Allah akan redhai x? Jadi, siapa yang akan bantu dalam hal rumahtangga nanti kalau x de keberkatan daripda Allah?
- Lelaki yang membawa Perempuan berikhtilat, bukanlah lelaki yang baik utk dikahwini.
- Jaga hubungan dengan Allah. Kalau x jaga, camne Allah nak jaga segala urusan kita?
-Allah yang melemparkan perasaan kasih sayang itu kepada hati hamba2-Nya.. jadi, berdoalah banyak2..

Cara nak Istiqomah menjaga ikhtilat..
-Kita x perlu taubat... Tapi kita perlu menlazimi taubat (sentiasa bertaubat)
-Jangan tangguhkan taubat..!
-Taubat itu kunci istiqomah..

Cara nak lupakan seseorang?
-Cinta itu fitrah.. Tapi hadirkan fitrah itu pada tempat yang betull..
contoh: Makan itu fitrah.. bleh kah kita makan BABI?? tak kan? samalah mcm CINTA..
-Selalu ingat..
Kalau kita mudah sgt lupakan Allah kita kene buat pada dia mcm mana kita lupakan Allah..
-Elakkan daripada mendapatkan pandangan & pendapat orang yang berlainan jantina.. its really dangerous...
-Jaga hati melalui solat..
Solat yang jaga hati kita, Solat itu pengubat hati kita..

Sesi Soal Jawab
-Bolehkah Lelaki berselfie?
HARUS dengan niat bukan utk menarik perhatian perempuan.. ia jatuh hukum HARAM..
-Bolehkah perempuan upload gambar?
HARUS dengan syarat : 1) tutup aurat SEMPURNA 2) gambar tidak menggoda (selfie) 3) Jangan bergambar dengan jarak yang dekat 4) Tak payah upload terus lagi senang... (Sentap)
-Ikhtilat kerana ingin berkahwin? Bertunang?
Kalau mengikut islam, apabila lelaki kata dia nak mengahwini perempuan dan perempuan itu bersetuju, maka pada hukumnya mereka terlah pun bertunang.. hantar rombongan bagai tu adat je..
Tapi.. bertunang cara itu, hanya boleh bilamana lelaki itu benar2 bersedia menggalas tanggungjawab sebagai suami..
Lelaki yang berkata ingin menikahi perempuan sedangkan dia masih belum membuat apa2 persiapan (x kerja lagi, rumah x dak, kereta x dak), lelaki itu telah menzalimi hati perempuan.. (sbb hati perempuan ni lain bila diajak bernikah)
Jadi, sebelum berkahwin WAJIB TAARUF Ustaz tu cerita cara dia taaruf dengan zaujah die.. ( bru umur 22 da kawen.. hoho)
Ustaz tu x pernah mesej zaujah dia tanya khabar bagai.. mereka taaruf, bersoal jawab antara mereka dgn dibatasi langsir, tirai.. Ustaz tu nak berinteraksi dengan zaujah die, hanya melalui kakak ustaz tu..

Khulasoh :
Semua orang terseksa dgn maksiat yang dilakukan.. bila bangun, jatuh balik.. kuatkan diri.. kuatkan hati..
dengar lagu ciptaan ustaz Adnin Roslan ni.. tajuknya : Ku Ingin Berubah
-Kembali lah kepada jalan yang diredhai Allah..

***************************************************************************************

Ini saja la yang dapat dikongsikan.. Semoga ia berfaedah..
Diri ni pun sedang cuba yang termampu sahaja.. T_T
Semoga kalian lebih hebat daripada aku..

11 comments:

  1. Makin dalam giler....terobek hati..ouchh terluke

    ReplyDelete
  2. terima kasih ats perkongsiaan. semoga Allah menghapuskan dosa2 kita dan memberi kita semua syurga. allahumma amin ^^ mohon share di fb saya :)

    ReplyDelete
  3. emm ustaz mcm mne klu kita nk berkawan dgn lelaki tu tanpa bicara, saya ade seorang kawan lelaki saya suka berkawan dgn dia, dan sye tk smpi hati nk putuskan persahabatan ini, mcm mne tu ust?

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum...awak, saya tk bagus tapi cuma nak share..maafkan saya kalau saya salah...sekalipon kite suka berkawan atau sayang untuk putus kan hubungan berlainan jantina...pastikan batas batas yang ditetapkan oleh ISLAM di ikuti, jangan menimbulkan fitnah dengan sentiasa berdua duaan, chatting atau berbual berkaitan benda benda yang penting dan membina kekuatan minda....IN SHAA ALLAH secara tak langsung sang jejaka itu akan fahami dan IN SHAA ALLAH dia akan lebih menghormati awak...yang penting pastikan awak buat bende tu sama rata dengan semua lelaki ;)...maafkan saya atas kesilapan saya

      Delete
    2. assalamualaikum...awak, saya tk bagus tapi cuma nak share..maafkan saya kalau saya salah...sekalipon kite suka berkawan atau sayang untuk putus kan hubungan berlainan jantina...pastikan batas batas yang ditetapkan oleh ISLAM di ikuti, jangan menimbulkan fitnah dengan sentiasa berdua duaan, chatting atau berbual berkaitan benda benda yang penting dan membina kekuatan minda....IN SHAA ALLAH secara tak langsung sang jejaka itu akan fahami dan IN SHAA ALLAH dia akan lebih menghormati awak...yang penting pastikan awak buat bende tu sama rata dengan semua lelaki ;)...maafkan saya atas kesilapan saya

      Delete