Saturday, February 9

One Step Closer

Assalamualaikum..
Alhamdulillah, segala pui bagi Allah yang masih memberikan ruang dan peluang buat diri ini menghela nafas 10 Februari hari ini.
Meski pun jam sudahpun menunjukkan pukul 1.30 pagi, namun, mataku ini tetap berdegil tidak mahu pejam.

Tidak dapatku gambarkan betapa leganya hati apabila keputusan Sijil Menengah Agama telah pun diumumkan.
Apapun keputusan ku terima dengan redha.
Allah menganugerahkanku 84.8%, jaid jiddan sesuai dengan usahaku.
Jadi, tiada sebab untuk aku mengeluh.
((tak sangka B.arab 2 boleh mumtaz.. alhamdulillah))

Tahniah buat sahabat yang mendapat Mumtaz!
Khususan li Norisha Juliana :)
I know you can do it!! ;)
Batch 1996 SAMTTAJ, Alhamdulillah, still mencipta rekod.
SAMTTAJ mendapat tempat ketiga dalam senarai keputusan SMA terbaik di Selangor.
Semoga SPM nanti akan terus memajukan SAMTTAJ :)

Alhamdulillah juga, keluarga semua terima keputusanku ini dengan senang hati.
Bersyukur dikurniakan keluarga yang open-minded :)

InsyaAllah, jika Allah masih tetapkan hatiku untuk mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pula,
Aku akan ambil.
InsyaAllah, Al-Azhar menantiku ^_^
Aku hanya perlukan kekuatan daripada Tuhanku dan keluargaku untuk aku terus maju.
Istiqomah dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang khalifah, anak dan pelajar..



Alhamdulillah juga..
Program Save Gaza anjuran Pembimbing Rakan Sebaya SAMTTAJ telah berjaya berlangsung selama seminggu..
Setelah berpenat lelah, Alhamdulillah, Allah tetap memberikan bantuan-Nya..
Segalanya berjalan dengan lancar, walaupun pada mulanya agak kalut sikit..
InsyaAllah,
segala Allah menerima aktiviti ini sebagai ibadah kepada-Nya :)


No comments:

Post a Comment