Thursday, December 13

Resepi Tortilla Beef (Share the joy of Prosperity)

Assalamualaikum~~
Fuh.. moOd boliwud betul~
Hari tu dah download sume lagi Kuch2 Hota Hei dengan Delwale Dulhania Lejangye.
Best bile bukak volume notebook ni kuat2..!! huaahhaha :D

***********************************************
Masih cakna dengan perkembangan Palestin?
Apa usaha anda untuk membantu mereka disana?
Tahniah dan syabas kepada mereka yang masih berusaha membantu saudara2 kita dari pelbagai jenis bantuan :)
Entry kali ini bukan sahaja untuk berkongsi resepi ! tapi juga untuk membantu saudara kita di Palestin sana ^^
Bagaimana?

Saya sangat2 berharap anda semua masih memboikot barangan Israel. Tolonglah sedar..!
Jihad kita bukan bermusim jadi teruskanlah jihad kita yang kecil ini.
Ok2 dah.. pandai2lah anda semua menilai.. :)
Dengan memboikot McD, 
JANGAN RISAU jika anda tidak dapat menikmati burger Prosperity yang sedap tu..!
Saya pun salah seorang penggemar Prosperity burger tau..!
tapi, bila fikirkan saudara seagama di sana, saya tak sanggup..!
Jadi, MARILAH JOIN SAYA PANASKAN DAPUR..!
buat drive thru dekat belakang rumah ^^

Resepi saya ini adalah Tortilla Beef with Blackpaper sauce!!

kalau nak buat burger pun tak apa ^^
Ok, dah sedia pen? buku resepi? ke bawa laptop masuk dapur?
haha.. its okay.. saya pun buat macam tu jugak..!

Resepi Roti Totilla -

2 cawan tepung gandum
2 sudu besar minyak sayur (saya guna minyak masak aje)
1 1/4 air suam (kalau boleh kurangkan sebab roti saya hampir tak jadi sebab banyak sangat air..!! )
1 sudu teh garam
1 sudu besar ibu yis/ baking powder

Cara-cara-
1- Campurkan bahan2 kering. gaul. 
2- Masukkan minyak, gaul. Masukkan air sedikit demi sedikit.
3- Bahagikan kepada beberapa bahagian (contoh : 12 bahagian) buat bulat2.. (macam buat karipap). Biarkan lebih kurang 10 minit, bagi doh tu kembang.
4- Uli doh sampai leper. Kalau boleh bagilah jadi bentuk bulat. Ala.. macam capati. Kalau nak cantek lagi, bagi nipis senipis kertas..! huhu
5- Bakar atas pan yang kering , x perlu minyak/ butter / sewaktu dengannya. Bakar jangan sampai jadi hitam..! nanti dia terlalu crunchy dan susah nak gulung sebab keras.
6- Sedia atas pinggan untuk masakan seterusnya..! ^^



Resepi Inti Beef -
Bahan2-
1- Daging/ Ayam kisar
2- Paprik (serbuk cili)
3- Serbuk lada hitam
4- Sos lea & perrins . Oppss..! saya tak nak tanggung dosa kalau anda beli yang tak halal. Disebabkan saya ragu2 dengan sos ni, jadi saya beli sos perisa. Rasanya sama je kot )
5- bawang merah (dicincang)

Cara2-
1- Masukkan segala2nya dalam bekas dan uli.
2- Bakar atas pan tak lekat. Letak butter sikit dan bakar macam biasa. Biarkan daging/ ayam tu hancur. Sambil2 tu gaulla. sampai masak. 
3- Letak dalam mangkuk. Boleh disimpan dalam peti ais kalau tak habis nanti.




Resepi Blackpaper sauce- 
1- Bawang Holland (saya guna bawang besar biasa saje) (dicincang halus)
2- 2 kiub ayam (air+kiub)
3- 1 sudu besar sos tiram
4- 2 sudu besar kicap manis
5- Lada hitam (ditumbuk kasar) -jumlah? ikut selera
6- 1/2 cawan susu segar/ sejat
7- 1 sudu besar tepung jagung + tambahkan dengan air panas supaya tak berketul nanti)
8- garam & gula (jika perlu)

Cara2-
1- Tumis bawang hingga naik bau yang best..! letak hidung atas belanga baru dapat tahu ^^
2- Masukkan kiub ayam yang dah dicampur dalam air dan susu. Kacau rata dan biarkan sehingga mendidih.
3- Masukkan lada hitam, sos tiram dan kicap manis (imbangkan kehitaman dan rasa). Masukkan garam atau gula jika perlu.
4- Masukkan air tepung jagung sedikit demi sedikit untuk mendapatkan kepekatan sos yang dikehendaki.
5- Dah..!  sedia untuk digunakan..!


Cara nak balut Tortilla Beef
*Letakkan salad, tomato,cheese atas tortilla tadi bahagia atas. pandai2lah susun.
*Letakkan daging/ayam tadi atas cheese so that cheese tu akan cair..!! hmmm~~ yummy~~ tapi jangan letak banyak sangat. takut tak leh gulung..!
* Kemaskan.. then, balut lah elok2 dengan roti tortilla tu..

Walah..! sedap tak??
Amacam? nak makan Mc Donald lagi tak?
oh ye.. daging tu, anda semua boleh buat burger jugak..!

Cara buat burger homemade-

1- Ikut cara (1) dalam resepi inti beef tadi.
2- Bulatkan dan leperkn jadi bentuk burger.
3- Bakar. kalau resepi dalam internet, dorg prefer bakar dalam oven, tapi saya malas. so bakar atas pan je.. letak butter sikit then bakar cam biasa.
4-siap


Sedap kan? erk.. ikut tangan lah gak.
Saya punya sedap. Kalau korang nya tak menjadi, salah korang lah tu..hehe
Selamat mencuba..!


Share lah kepada yang lain ^^

No comments:

Post a Comment