Thursday, August 21

Ya Aku berniqab tapi...

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Jika berbicara tentang BERNIQAB... akan ada beberapa sudut pandangan manusia.. 

'Buat apa nak bertutup segala.. Ini bukannya kat India atau Arab.. nafsu lelaki Malaysia masih boleh ditahan'
'Berniqab ni kadang2 orang yang nak tutup jerawat kat muka saja'
'Time2 kenduri macam ni lah orang2 yang nak curi ni konon2 pakai niqab.. jangan percaya sangat orang pakai niqab ni..'

Tu sudut negatif.. tapi ada juga yang positif

'Alhamdulillah, berniqab ni dapat menjaga diri.'
'Bestnya berniqab..! tenang je mata melihat'
'Someday I nak pakai jugak'



Alhamdulillah.. itulah pandangan saya sejak zaman sekolah lagi. memang keinginan nak berniqab tu berbuak2.. Tak tahu la apa yang saya suka sangat. Hm.. Tiap kali tengok akak2 yang pakai niqab ke purdah at jalan2 tu mesti macam..... arrrhhh..! dapat bayangkan x? hehe.. menggila lah jadinye.. ^^

Malangnya.. mak tak kasi.. sob sob.. sampai berdebat dengan mak isu berpurdah ni.. 
Ayah? nama pun ayah.. mestilah tak kesah.. Ayah ok je.. fikiran ayah macam saya.. 
Satu hari tu bredebat dengan mak.. 
kenapalah mak tak kasi sangat saya berpurdah.. pelik2.. 
Rupa2nya.............alasan mak...

jeng3... ^^

Mak takut jodoh lambat :P ahaks..! mana tak nye.. bila tutup muka, orang tak nampak la kecantikan ni :P wek..! dan orang pun takut la nk kacau2 saye.. 
*hakikatnye tidak -,-'

Then, kata putus mak.. PAKAI LEPAS KAHWIN T_T

Hehe.. first2 dengar alasan mak yang sebenar2nye ni.. nak tergelak rasa.. so saye pn berbahas pulak pasal ketentuan jodoh.. ayah pun ikut sama.. ayah kate..

'Kalau dah dia cuba jadi kearah baik, mestilah yang nak dekat dia ni pun orang baik2'

ehem2.. ^^ terharu jap *

Tapi... ayah sokong mak jugak *natural punye

'Nini pun.. antara perkara wajib dan sunat, kenelah ikut yang wajib dulu (dengar cakap mak). kalau wajib pun awak tak ikut, macam mana awak nak ikut yg sunat kan?'

Speechless lepas ayah cakap bende tu.. sangat betul -,-' 
Jadi,, saya pun berpendam hati, menyimpan hasrat yang mendalam senyap2 dalam hati untuk berpurdah.. 
Lama jugak lah tak minta izin kat mak nak pakai.. biar mak sendiri yang kasi..

Masa berlalu.........

Sehari sebelum ke UniSZA.. dapat mesej dari abang Sopi..
' Kalau adik nak pakai purdah, baik pakai waktu first day.. orang tak tahu muka adik lagi time tu'

dengan ayat pasrah saya jawab (tak tanya mak sebab akan tahu jawapan mak)...
'Tak pe la.. mak tak kasi :'( '

Melangkah ke UniSZA.......

ramainya orang berniqab sekeliling saya..

ish3.. tahan2.. mak tak kasi pakai.. kang jadi anak derhaka pulop..

Lepas je habis minggu orientasi.. seminggu kemudian lah..
Try call mak.. bodek2 dulu.. pastu baru try2 mintak..
' Makkkk.... (nada manja ;P ) ramai sini pakai purdah.. Nini nak pakai boleh? Nini pakai kat Terengganu je.. balik rumah x pakai'

Bukannya niat nak bukak tutup mempermainkan.. tapi.. proses nak dapatkan redha mak.. ^^
and guess what.. mak bagi lorh..!!

'Alhamdulillah... bahagia nya..!!' 

Nasib lah bawak sehelai purdah ke UniSZA 
(zaman sekolah lagi dok bawak merata ke asrama sebab admirer punya pasal)

First day pakai kebetulan (kalau tak silap) waktu hari photoshoot untuk kelas.. 
Nasib baik lah.. pakai dah time tu.. kalau tak.. adeehh *paham2 je la


Saya pun mula melangkah keluar pintu blok asrama dengan personaliti yang baru.. wajah yang baru.. Roomate, Eja pun dah admirer nak pakai jugak.. tapi tak ada kekuatan lagi..

Awal2 pakai dulu, terpaksa lah bawak merata tisu ditangan. Berpeluh sangat2 bahagian hidung dan mulut. Sangat rimas.. dalam hati *kuat2.. ni baru cuaca Malaysia.. belum arab lagi.. >,< dan aku bertahan..

Balik cuti raya haritu, rupanya mak kasi je pakai kat Sg Buloh.. tapi jangan kat kampung. Sebab dalam family besar tak ade lagi yang pakai. so takut nanti purdah ni menjadi gaps antara mereka pula. saya masih manusia biasa >,< Alhamdulillah. mak makin support.. siap belikan lagi purdah untuk saya *lap air mata terharu*

Pkai purdah ni dengan harapan saya sedar bahawa saya MESTI jaga diri saya.
supaya ada gaps antara saya dengan lelaki.
Maklum la.. saya ni bukannya prempuan yang thiqah..
Bukanlah yang jenis pendiam.
Bukanlah jenis yang reti duduk diam.
 tapi masih berkeinginan untuk menjadi yang terbaik dalam hidup.
saya masih menjaga pergaulan dengan lelaki. 
yang penting, saya masih ada sifat malu, insyaAllah.
Perangai gila2 saya tetap ade.. tak nak hipokrit tapi cuba untuk LEBIH menjaga..



Bila dah habis je shortsem ni.. muhasabah diri jap..
Even saya pakai purdah.. saya masih gagal menjaga. 
Saya masih kurang tarbiah diri T_T

Tapi apa kan daya.. 
Saya tak kan putus asa..
Saya ada kawan2 yang juga sedang berusaha untuk jadi yang lebih baik.
Mendapatkan syurga itu tidak susah.
tapi tidak juga senang.
Mesti mencuba sehingga nafas terhenti.

Go Dini..! go..! 
Allah tahu niat kamu baik.. InsyaAllah..!


* Start delete gamba2 yang open face kat sosial network
*start jaga diri, hati




:') Doakan saya istiqomah

Wallahu 'alam

2 comments:

  1. Salam sis, unisza dibenarkan berpurdah ke? Kalu universiti lain dibenarkan x?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum akak, di unisza sekarang dibenarkan ke pakai purdah? saya tertarik untuk pakai purdah..

    ReplyDelete