Saturday, March 31

.::Positive about Yesterday and Future::.

.::Assalamualaikum::.

Alhamdulillah, dapat pulang ke rumah sekali lagi walaupun hanya dua hari sahaja..!
Banyak berita gembira yang saya dengar sekarang.. Antaranya,
Kakak sulung saya mengandung buat kali ke dua.. Alhamdulillah.. So, Nazhan akan dapat adik.. ^^ so cute~~~~~
Sebenarnya entry kali ini saya nak ckp pasal pandangan orang terhadap diri kita..
Saya yakin ramai yang selalu fikirkan apa pandangan orang pasal diri kite kan?

(Sambil lihat cermin dan kate.....................)
"Aku ni cantek ketak arini?"
"Ape orang akan kata kalau aku buat bende ni..?"
"Apa kate orang tu....."
Apa kate orang ni........... and so on~~

Saya pun selalu rasa mcm tu.. biasalah, manusia.. sentiasa ingin cuba untuk lakukan sesuatu yang sempurna.. tapi pada hakikatnya kita tak sempurnala kawan.. :)

Nilai, menilai

Hidup kita bukan untuk memuaskan orang disekeliling kite aje sehingga bleh menyebabkan kite stressss, maluuuu, kecewaaa, maraah and so on ~~
Kalau perkare ni terus dijadikan 'hobby', habis lah kite.. sentiasa tak tenang.. sebab? kalau ade orang yang menilai kita dgn 'nilaian' yang salah, kite terus jadi down.. mundur..

Kawan, mereka bukan juri dalam lakonan kita didunia ini.. Fikirkan apa yang Allah kate tentang kita, bukan mereka yang hanya tahu menilai, menilai dan menilai... menyebabkan stress..
Bagi mereka yang suka menilai orang pulak, hentikanlah.. kite semua sama sahaja..
Tahu tak, orang yang suke menilai org lain equal to orang yang suke me
ngumpat org lain..so, sama2 lah kite muhasabah diri..

SALAHKAH AKU?

Kawan,
Jangan fikir sangat kesalahan yang kita lakukan..Lihat ke arah yang positif.. Sedangkan Allah sentiasa memberi kemaafan kepada hamba Nya yang bertaubat, siapakah kita yang tidak boleh memaafkan diri sendiri? Kejam sangat tu... sentiasalah muhasabah diri, memikirkan kekuasaan dan keesaan Allah.. ianya lebih baik daripada beribadah sepanjang malam.. dengan ini hati akan jadi tenang dan kita mampu untuk berfikir secara waras.. Cuba untuk memaafkan diri sendiri dan cuba untuk berubah kearah yang lebih baik.. tapi bukan berubah menjadi orang lain ye.. ;)
Apabila kite sentiasa fikirkan perkara yang negatif, ia akan memberi impak yang negatif juga bila tue nanti.. sakit memanjang~~
KAWAN ATAU LAWAN?


Lihat sekeliling kite, dengan siapa kite berkawan.................?dah lihat? Baik tak sahabat2 yang kite sayang?????? Ya, mereka itu baik.... Tahniah kerana berjaya memilih sahabat yang baik.. itu bermakna kite pun baik jugak..! ^____^

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,

" Seorg mukmin itu berada di atas agama (gaya hidup dan prilaku) sahabatnya. Maka, salah seorang daripada kamu hendaklah memerhatikan dengan siapakah dia bersahabat" (At-Tirmizi)


Sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa
memahami antara satu sama lain..
Berilah semangat kepada kawan kita yang dalam
kesusahan..
Ketika seseorang itu menghadapi masalah, jelas,
mesti orang itu perlukan nasihat yang bernas
daripada sahabatnya.. Jadi, jalankan tugas anda
sebagai seorang SAHABAT.. :)
Jangan jadi kawan makan kawan pulak.. ^_^

Sebenarnya saya sendiri tak tahu apa yang nak diberitahu lagi..
Biarlah gambar2 dibawah yang berkata2.. semoga mendapat manfaat :)





No comments:

Post a Comment