Friday, July 4

Unisza Tercinta

Assalamualaikum..
Setelah sekian lama tidak ku tulis kalam2 hati di sini. Entah angin malas mana yang menghembus kat diri ni.
Alhamdulillah.. manusia merancang, Allah yang menentukan. dan Pasti apa yang telah ditentukan oleh Nya jauh lebih indah pengakhirannya dari apa yang kita fikirkan. Aku cuma impikan yang terindah.

Banyak benda yang tertinggal dalam blog ni.. Sebab dah sangat terlalu lama. Setelah Zihni Danisy dilahirkan, selang beberapa minggu itu pula Zaara Nabihah pula dilahirkan. Anak kakak sulong, Kak Wani. Adik Niyya yang comel dan Nazhan yang hensem. Tengok gambar ni pun dah tahu betapa comelnya die.. haha.. debam giloo..  Kulit seperti ibunya.. haha.. insyaAllah akan jadi seperti achunya yang comel ini juga ^^


Ketiga-tiga permohonan untuk ke Jordan tidak menerima. IIUM tolak permohonan saya untuk jadi rakyatnya. UM juga begitu. Terfikir sejenak. Teruk sangatkah result SPM saya? Hati mula bimbang tak dapat menyambung pelajaran kemana-mana. Sehingga ayah kata, ayah sanggup tanggung saya untuk ke Jordan atau sambung Universiti swasta. Takkan sampai begitu sekali saya nak menyusahkan mak ayah? Cukup2 lah mereka menjaga saya sejak bayi. Akhirnya datang UNISZA menjadi hero selamatkan saya dari kekacaun jiwa. Walaupun UNISZA merupakan pilihan ke-5 saya dalam borong UPU tempoh hari, tapi saya terima dan redha.. Cuba untuk cari pandangan positif terhadap UNISZA. Dia jauh, dengan longat pantai timur yang saya tak faham dan tak ada saudara mara kat sana. Ada lah mak cik sorang tapi tak berapa rapat. Sepupu ayah. Itu pun rumahnya jauh dari UNISZA. Sebatang Kera saya nanti. 



Jejak kaki ke UNISZA. Bayu laut yang terhampir menghembus hingga menampar muka *ayat tak leh bla. Tenangnya kat sini. Monolog dalam hati bila first time ayah bawa masuk jalan2 dalam UNISZA sebelum hari pendaftaran. Ada pokok rhu. Pasir ala2 pasir pantai. Memang persis belajar ditepi pantai. Bunyi ombak kuat. Pokok melambai2 tidak sabar mungkin dengan kehadiranku disitu. Perasaan suka dan sayang terhadap UNISZA mula terbit. Jadi tak sabar nak jadi rakyatnya.

Diploma DAKWAH- 
Saya terfikir sekali lagi. Sejak dulu saya suka dan minat sangat dengan subjek SYARIAH. Semua permohonan minta subjek syariah. Entah kenapa dalam borang UPU dulu, pilihan pertama untuk UNISZA adalah subjek DAKWAH. sedangkan saya sendiri tak pernah study subjek DAKWAH ni macam mana. ohh.. maybe belajar metod2 untuk berDAKWAH kot. Itu je? Kita lihat... Nampak tak kat situ Allah sedang merancanakan sesuatu yang saya sendiri masih tak dapat tahu apa dia. Saya masih menunggu. First masuk kelas.. ohh ini SHORT SEM.. bukan FIRST SEM la? Entah lah.. saya sendiri masih tak faham. Hanya ikut haluan yang terbuka sahaja. 



Hari makin hari saya dah mula boleh terima. Alhamdulillah, persekitaran yang membuatkan saya cuba untuk jadi lebih baik dari semalam. Cuba untuk berfikir dengan lebih positif. Jujur saya katakan. saya mula sukakan UNISZA. Perasaan jauh dari keluarga itu pastilah tetap ada. UNISZA mengajar saya agar terus istiqomah mengharungi panas terik bumi pantai timur. Dia mengajar saya untuk lebih ceria dan lupakan segala kenangan buruk yang menimpa diri. Saya serik. Allah kurniakan pula seorang rakan sebilik yang sekampung dan sekepala dan ceria.. Thanks Allah. Mohon kuatkan diri saya untuk harungi semesta2 akan datang, InsyaAllah. 

No comments:

Post a Comment