Wednesday, January 29

Long time no see~~

.::Assalamualaikum::.

Wow..! what a long time I never update my beloved blog..!
almost 6 months..!
Gilaa..!


Walaupun dah lama... Alhamdulillah, Allah masih beri peluang aku untuk teus bernafas...
Tarik nafasss......... turun..........tarik balik.........turun..............
nyaman? ^_^

Erm...

SPM dah habis..
Cuti Akhir tahun dah habis..
STAM tak ambil...
Alhamdulillah.. dapat peluang timba pengalaman jadi cikgu~~ ^_^



KAFA INTEGRASI AL-IKHWAN
 SUNGAI BULOH

Dulu tempat aku belajar, 
sekarang tempat aku mengajar

( gambar tme pertandingan marhaban darrjah 6, time ni lah kitrg kalah.. semuanya sebab aku T_T )

PENGALAMAN JADI USTAZAH DINI

Tahu tak keje cikgu ni letih sangat..! tapi bagi aku, aku tak kesah semua tu sebab aku sangat minat mengajar orang..! tambah lagi budak2 sekolah rendah ni.. senang dibentuk.. macam rebung >,< siap boleh jadi kawan lagi.. tapi kalau ngada2 sangat..! hah..! hambek kau.. pembaris panjang aku kasi.. Ustazah Dini garang~~ hohoh


(gambar hiasan)


Ala.. garang2 aku ni pun budak2 tu tak makan saman.. Macam budak2 darjah satu kelas aku.. memang tak reti duduk.. asyk berdiri je.. lepas tu pergi main2 depan papan putih tengah aku ngajar... Last2 aku ambik kerusi die letak belakang.. JANGAAN DUDUK..! tak lama lepas tu,, kawan2 die yang lain pulak.. USTAZAH, SAYA TAK NAK KERUSI JUGAK... hah.. sudah.. tak menjadi~~ 
          Kalau budak darjah 5.. hmm.. let me think a while~
Boleh tahan la jugak.. diorang excited gak kadang2.. boleh la aku main2,, cerita2 dengan diorang.. tapi kalau dah ngada2 maleh nak layan~~ nah.. bertimbun2 keje sekolah aku bagi..! muahhahaha  



Yang bestnya lagi.. kalau aku pergi mana2, kedai ke.. pasar malam ke.. terjumpa je anak2 murid aku ni.. mesti diorang tegur.. exspecially budak2 darjah 1,2,3 la.. ada hari tu aku nak lintas jalan.. tetiba bas sekolah lalu kat depan aku.. USTAZAH..!!! sambil melambikan tangan beramai-ramai... haha.. so sweet la budak2 ni~~


Ada gak terharu bile jadi cikgu ni, aku balik jalan kaki sebab seklah tu belakang rumah aku je.. terserempak dgn mak kepada murid aku.. 'USTAZAH, MEH LAH TUMPANG, SAYA HANTARKAN.'
:') :') :')

FIRST TIME TAK DATANG SEKOLAH

Minggu ni, boleh pulak demam..! arrh..! ari isnin dah dapat MC.. tpi tetibe badan ok pulak.. gagahkan juga pergi sekolah.. tetiba hari selasa tu, bangun2 pagi suara tak ada..!! Sakitnya sampai aku ambil keputusan tak nak datang sekolah haritu.! berani betul pegi call Ustazah, guru besar kata tak nak datang sesi pagi.. =,= sekarang aku menyesal.. mana ada cikgu cuti sebab sakit tekak.. malu >,< ~



ANOTHER ONE MONTH LEFT

Berkhidmat sebagai seorang guru ni hanya untuk dua bulan sahaja.. lepas tu bye2.. biasa lah.. setiap pertemuan pasti ada perpisahan.. itu fitrah~ sekarang ni pun dah rasa sedih.. (over betul) Bina badan la aku lepas ni duk rumah je.. jaga dua orang anak buah yang insyaAllah dalam bulan 2 ni lahir.. huhu.. BABYSITTER~

That's all for today~ 
see ya.. ;) 

.::WASSALAM::.

No comments:

Post a Comment