Thursday, October 25

Kullu 'Am wa Antum Bi Khaeer

Kain pelekat elok dipakai Tuan
Segak bergaya menuju Tuhan
Nabi Ibrahim sambut seruan
Tanda ketaatan juga pengorbanan

Tuan menunggu tidak tertoleh
Debar menanti seorang diri
Nabi Ibrahim disuruh sembelih
Anak tunggalnya berserah diri

Ewaahh... pantun tah pape la.. huhu

~Assalamualaikum~
Bismillahirrahmanirrahim
Salam Aidill Adha semua
Ade lakukan korban ke? Kalau ada, Alhamdulillah
Semoga binatang yang disembelih atas nama Allah itu menjadi tuggangan kita di Mahsyar kelak :)

Pagi yang tenang dengan puji-pujian kehadrat Ilahi memenuhi ruang angkasa 
Allahu Akbar..Allahu Akbar.. Allahu Akbar..
Indahnya laungan itu ^^
Masjid Bandar Baru Sungai Buloh dipenuhi oleh penduduk sekeliling
Warga asing juga turut mengimarahkan masjid dengan pelbagai gaya pakaian
berlabuci bagaikan baju pengantin
berselendang dan berjambul...
Hmmmm.... panjang rungutanku lihat rgam mereka


Tahun lepas, ada seorng makcik yang solat disebelah aku
Memiliki beg telekong yang comel bewarna pink
Aku tak pasti samada dia tidak perasan atau tidak
Kartun pada beg tu sungguh comel
berhidung besar dan matanya kecil bewarna pink
Aku tak pasti samada aku tegur ke tidak..
Yang tak tahan, makcik tu letak beg tu dihadapan die solat 
=_='

Tahun ni pulak,
Mulanya imam mengangkat takbir
Dah dengar suara budak menangis
Ohhh..!!
kenapa mak die tak tenangkan anaknya dulu sebelum solat??!!
Sehingga bagi salam budak tu masih menangis..
Sangat mengganggu..!


Hm.. macam2 karenah tiap tahun
Raya Aidil Adha disambut bagi mengingati pengorbanan  yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail..
Oleh sebab mereka ketiadaan makanan utk dimakan, jadi Allah perintahkan Nabi Ibrahim menerusi mimpi.
Subhanallah.. hebatnya iman mereka
Cuba bayangkan kita diperintahkan untuk menyemblih seseorang yang kita sangat sayang
Adakah kita sanggup melakukannya?
Si anak pula, adakah sanggup merelakan diri disembelih hidup2??
Itulah yang dilakukan oleh kedua-dua nabi kita
Tambahan pulak Nabi Ismail merupakan anak tunggal Nabi Ibrahim

Nabi Ismail dengan relanya menyerahkan lehernya kepada ayahnya untuk disembelih
Namun begitu, disebabkan ketaatan dan pengorbanan yang ingin dilakukan oleh mereka berdua,
Allah mengurniakan seekor kibas untuk disembelih dan untuk menjadi makanan mereka
Hebatkan mereka??
Kita apa ada??
hah.. muhasabah diri yang lemah ini 
^^


Ibadah korban ini bukanlah satu perbuatan yang zalim terhadap binatang
Islam itu lembut dan penuh dengan kelembutan
Cara penyembelihan ini sangat mengambil berat tentang perasaan binatang
Sebab tu adanya adab2 menyembelih
Antaranya :

Tak tunjuk alatan penyembelih dihadapan haiwan
Dibaringkan ditempat yang rata
Tidak menyeksa haiwan sebelum disembelih
Dan banyak lagi..!

Percayalah haiwan itu tidak mengalami kesakitan yag teruk kerana:
Urat yang wjib dipotong habis adalah urat halkum dan urat marikh 
Urat2 ini adalah saluran makanan dan darah haiwan tersebut
Dengan putusnya urat2 ini jadi darah tidak akan mengalir ke bahagian otak
Impul tidak dapat menghantar maklumat kesakitan ke otak

Hebatkan..?
Semuanya telah diajar oleh Allah dalam kitab-Nya Al-Quran
Yang hebat lagi adalah, 
binatang itu bukannya berdendam dengan kita kerana telah bunuh dia
Tapi, binatang itulah yang menjadi tungangan kita di Akhirat kelak
Kerana apa?
Kerana mereka dikorbankan kerna Allah, Tuhan yang mencipta mereka
:)

Itulah serba sedikit isian dalam entry kali ini.
Alhamdulillah..
 Semoga ibadah kita diterima Allah :)

No comments:

Post a Comment