Saturday, February 5

Batas-batas Aurat Wanita





Para Ulamak sepakat berpendapat bahawa aurat wanita perempuan kepada lelaki yg bukan mahramnya ialah seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangannya.
Firman Allah dalam surah An-Nur ayat 31 :-

"Dan janganlah mereka(wanita) menampakkan perhiasannya kecuali apa yang biasa nampak daripadanya dan hendaklah mereka menutup kain tudung mereka hingga ke bawah dada".

Firman Allah dalam surah Al-Ahzab ayat 59:-

Maksud: "Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri2 dan anak perempuan kamu serta kepada para isteri orang mukmin sekelian, hendaklah mereka menghulurkan JILBAB mereka keseluruhan tubuh badan mereka, kerana dengan itu mereka mudah untuk dikenali (sebagai wanita mukminah) dan mereka selamat daripada gangguan.Dan sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".


Daripada surah2 diatas, kita dapati bahawa Allah telah memerintahkan supaya wanita yang beragama Islam agar menutup auratnya daripada pandangan lelaki2 ajnabi.. Jadi jelas sekali bahawa hukum menutup aurat adalah WAJIB.. Allah menurunkan perintah ini kerana Allah menyayangi hamba2 Nya.. sekali gus Allah memelihara hamba2 Nya daripada perkara2 yang tak diingini berlaku..Jadi, kenapa harus kita ingkari setiap perintah yang diturunkan Allah??Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w maksudnya ,"Sesungguhnya wanita itu aurat" (RIWAYAT AL-BAZAR DAN AT TIRMIZI)

Aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi adalah seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.Walau bagaimana pun, jika mendedahkan muka dan tapak tangan boleh menimbulkan fitnah, maka ketika itu wajib pula menutup seluruh tubuh badan tanpa kecuali..

GOLONGAN MUHRAM DENGAN WANITA

Pada zaman sekarang, ramai wanita di kalangan masyarakat kita yang tak tahu/ tak faham siapakah golongan muhram kepada wanita, iaitu golonga yang boleh melihat aurat wanita mengikut kadar yang telah di tentukan seperti firman Allah dalam surah An Nur ayat 31 yang bermaksud :-

"Katakanlah kepada wanita2 beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya(jangan melihat lelaki ajnabi) dan hendaklah mereka menjaga kemaluannya(jangan berzina) dan janganlah mereka menampakkan perhiasan kecuali apa yang bisa ternampak padanya.Hendaklah mereka menutup aurat mereka dengan pakaian JILBAB ketika di hadapan lelaki, kecuali di hadapan lelaki yang menjadi suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau anak lelaki mereka atau anak lelaki suami mereka atau saudara lelaki mereka atau anak lelaki saudara lelaki mereka atau anak lelaki kepada anak lelaki saudara perempuan mereka atau wanita Islam atau hamba2 lelaki yang mereka miliki atau pelayan2 lelaki yang sudah tidak ada keinginan syahwat(terhadap wanita) atau anak2 yang bellum mengerti aurat wanita........"

Ayat di atas menerangkan golongan muhram kepada wanita iaitu:-

  1. Suami
  2. Bapa kandung
  3. Bapa mertua
  4. Anak lelaki
  5. Anak tiri
  6. Saudara lelaki (adik atau abang kandung)
  7. Anak lelaki kepada adik / abang (anak saudara)
  8. Anak lelaki kepada adik /kakak (anak saudara)
  9. Wanita Islam iaitu yang berakhlak
  10. Hamba lelaki yang mereka miliki
  11. Pelayan lelaki (khadam) yang sudah tidak ada syahwat kepada wanita
  12. Kanak2 lelaki (bukan muhram) yang belum mengerti tentang aurat wanita (belum mumayyiz)
Dalam Al-Quran disebut 12 golongan muhram kepada wanita.Sementara 5 golongan lain lagi disebut dalam hadis iaitu :-

  1. Anak lelaki susuan
  2. Bapa susuan
  3. Saudara susuan
  4. Bapa saudara susuan, datuk susuan hingga ke atas.Dan anak saudara susuan hinga ke bawah
  5. Menantu lelaki

Pakailah tudung..Secantik mana pun seseorang itu dengan gaya rambutnya yang menawan, tengoklah ketika die memakai tudung..hanya orang yang mempunyai mata yang benar2 sihat saja bleh melihat betapa cantiknya wanita bertudung walaupun pakai spek mate...

No comments:

Post a Comment