Sunday, March 28

.::Ingin Bertudung Labuh??::.

.::Assalamualaikum::.


Post ini di'copy' dari Note kwn.. =)



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِالسلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Alhamdulillah!

Ini kata2 yang sungguh bermakna!

Ianya cetusan jiwa yang telah disinari dengan cahaya Petunjuk Rabbaniyyah! Sememangnya beruntung mereka yang di sinari jalan hidupnya oleh Allah Ta'ala, kerana mereka didalam Kasih SayangNya! Sekali melangkah ke jalan kesucian jangan berundur , walaupun seribu cacian menghujani diri. Sekali masuk ke hadrat Tuhan, jangan menoleh kebelakang kecuali untuk mengambil pelajaran dan i'tibar! Contoh unggul kita adalah Muhammad kekasih Allah!Contoh unggul yang patut diteladani oleh wanita Muslimah adalah Sayyidatina Fatimah Az-Zahra, Sayyidatina Khadijah, Sayyidatina Aisyah!


Mereka permata yang bersinar sepanjang zaman!Wanita Muslimah yang ingin melaksanakan hukum hijab yang diperintahkan oleh Allah sering tertanya2 bolehkah aku berakhlak sesuai dengan pakaianku? Bolehkah aku menjadi contoh kepada Muslimah lain? Layakkah aku memakainya? Dan berbagai persoalan lagi....!


Wanita Muslimah wajib menyedari bahawa kewajipan mematuhi hukum hijab adalah Fardhu Ain, bukan bertujuan untuk menunjuk2, bukan untuk menjadi contoh kepada orang lain. Dengan mengenakan pakaian yang menutup aurat, seorang Muslimah telah mendirikan agama didalam dirinya. Dia telah menyelamatkan maruah dirinya. Dia juga telah menyelamatkan dirinya dari menjadi bahan fitnah kepada ribuan lelaki ajnabi!


Seseorang yang benar2 berniat untuk berubah kepada kebaikan dan kemuliaan, nescaya Allah Ta'ala akan permudahkan jalannya. Dia akan mendapat berbagai pertolongan Allah didalam menjalankan amal ibadat. Akhlaknya akan berubah kepada akhlak kemuliaan!Merungkai kekeliruan.......


Orang sering persoal : Muslimah yang memakai pakaian mematuhi hukum hijab, tetapi berperangai dengan akhlak yang tidak baik!!! Mengapa? Adakah wajar? Di namakan "insan" kerana sifatnya pelupa dan lalai! Selama hidup di pentas dunia semua orang beriman akan di uji dengan berbagai cabaran hidup. Dia sentiasa menerima hasutan dan bisikan kejahatan nafsu, makhluk dan syaitan! Adakalanya dia berjaya. Pada masa lain dia tewas! Tetapi selagi ada Iman di dada dia sentiasa akan bangkit membersihkan dirinya. Dia akan kembali bertaubat kepada Allah! Dengan demikian mengaitkan pakaian seseorang muslimah dengan akhlaknya tidak patut berlaku. Sekurang2nya seseorang Muslimah yang mematuhi hukum hijab telah menunaikan kewajipan menutup aurat yang diperintahkan Allah! Maka tinggal sebahagian lain lagi dalam menyempurnakan akhlaknya!


Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment