Monday, August 4

Mohabbatin

Aku hairan dengan CINTA

CINTA buat orang bahagia, boleh buat orang sedih, gembira, serabut, sengsara, derita, berjaya, gagal dan macam2 la..

CINTA ni perasaan atau apa?

PEREMPUAN pula..
walaupun aku ni seorang perempuan, tapi aku sendiri tak faham bagaimana seseorang perempuan itu boleh meluahkan rasa cintanya dengan cara yang betul.

Eh.. awak.. Siti Khadijah dulu nyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan Nabi Muhammad melalui perantaraan. 

hm.. Hebat Siti Khadijah.

Andai seseorang lelaki itu semulia Nabi Muhammad, sesah tentu berjuta wanita juga sanggup untuk melamarnya tanpa rasa malu dan segan. Tapi.. mustahil.

Eh.. andartu lah saya kalau terus menunggu bulan jatuh ke riba!!

hm... Saya sendiri pernah terfikir. seusah la perempuan. Sebab kita perempuan, suka dekat seseorang tu tapi x manis kata orang hendak diluahkan. Jatuh nilai dan maruah seorang perempuan apabila diluahkan rasa cinta dan kata2 I LOVE YOU kepada seseorang lelaki itu. Dah tu.. sampai bila jodoh nak datang??!!

Eh... bukan saya saja rupanya yang berfikiran begitu. kawan saya pun sama.. haha (bincang soal cinta)

Tu dulu.. masih tak dapat berfikir dengan betul.

Ehem.. Allah menentukan jodoh masing2.. Saya sendiri sekarang telah mempelajari sesuatu pelajaran. daripada pengalaman, kisah cinta abang kakak dan lain2 sumber. Alhamdulillah, apabila meningkat dewasa itu cabaran nya datang tapi setiap cabaran dan dugaan itu Allah telah selitkan hikmah disitu.

Bercintalah banyak mana kamu hendak asalkan kamu sedar bahawa jodoh kamu tidak semestinya dengan si dia yang dicintai. Kebarangkalian itu mungkin ada tetapi kepastian itu jangan sesekali. Allah sahaja yang layak untuk menentukan siapa yang terbaik untuk kamu. 

Pendamlah perasaan kamu kepada sesiapa pun, asal kamu sedar bahawa dia bukan milik kamu dan jangan terlalu hendak berangan-anganan dengan bayangan si dia. Kelak takut menjadi ZINA HATI.

Mempunyai perasaan ingin disayangi dan disukai dan diminati oleh lelaki mesti lah ada pada setiap perempuan. Walaupun seorang perempuan itu mempunyai sifat kelakian pun, apabila mendengar seorang lelaki jatuh cinta dengan dia, pasti dia terus bertukar menjadi gadis melayu terakhir.

Tetapi... perempuan yang menjaga maruahnya tidak akan suka apabila seorang lelaki itu terus mengejar-ngejar dan memaksa. Mengongkong dan terus dijadikan bahan gurauan rakan-rakan si lelaki. Setiap post dan komen sentiasa di 'LIKE' . Aduhh...  Hormatilah permpuan kerana dia juga mempunyai perasaan.

Aku pasti dan yakin, jika seorang perempuan terlalu mengejar-ngejar si lelaki, juga si lelaki itu tak akan suka dan rasa rimas. Selalu diperhatikan seolah-olah diri menjadi seorang pelarian. 

Masing2 harus memahami.! 

Post kali ni hanya hendak meluahkan rasa hati. Tak tahu lah ada input ke tidak.. mohon layan saja~ 

Wassalam

No comments:

Post a Comment