Assalamualaikum..
Rumahku Syurgaku
Ingin ku peluk tilamku sekuat-kuat seketat-ketat seerat-erat yang boleh
tapi saya terlalu kurus nak buat semua tu...
Wei..! bakunye ayat aku kat entry sebelum ni.. hehe...
haha.. abaikan kebakuanku itu..
ok.. hentikan kekarutan disini...
***************
Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi
Maha Penyayang...
Dengan izin-Nya, segala puji bagi Allah yang teah menciptakan langit dan bumi..
Hari ini merupakan hari yang paling terindah buatku.. mana tak nye.. salah satu perkara yang aku impikan akhirnya termakbul juga.. dah lama aku nak sangat2 d
engar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Don Daniyal Don Bayijad.. Ape?? SIAPA USTAZ DON? korang tak kenal?? KESIAN GILER...! huhu.. ini die sedikit biadata Ustaz Don :-
Nama: Don Daniyal Don Biyajid
Tarikh lahir: 14 November 1984
Tempat lahir: Bukit Merta
jam, Pulau Pinang
Tinggi: 171 sentimeter
Berat: 56 kilogram
Pekerjaan: Pensyarah Muda & Pendakwah Bebas bertauliah Pulau Pinang & Selangor
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maah
ad Qiraat Shoubra, Mesir
Ini dia gambarnye...
Nampak cam dak sekolah pondok sgt? ke korang nak tengok yang bawah ni??? hm...
Fuyooooo......
Astaghfirullahal Azim....
Baiklah.. Let's start our story.. Hari ni kan hari Jumaat dan minggu depan cuti sekolah seminggu.. So, budak2 asrama semua bleh pulang ke rumah masing2...=) Aku tahu yang pukul 3 petang hari Jumaat ni ade ceramah daripada Ustaz Don.. Ya Allah.. hanya Allah saja tahu bertapa terujanya aku bila dgr Ustaz Don nak bg ceramah di Masjid Negeri, Shah Allah (belakang sekolah aku je kot..!)
Aku punyalah pujuk kawan2 sebilik aku.. Yaya x boleh.. Naji x boleh.. Ika x boleh.. Mai x nak langsung.. Dah nak nanges dah tau..! tapi x pe.. cari alternatif lain.. sebenarnye aku boleh je pergi jalan kaki sendiri.. cume takut je sorang2 jalan kaki walaupun dekat..lagi pun ceramah tu kan lepas orang solat jumaat.. memang sah2 lah ramai orang lelaki yang baru balik dari masjid..
Alternatifnye, aku terpaksa menyusahkan Kak Aliyah.. oh..maafkanku.. (=_=') aku mintak tumpang kereta ayah akak tu sampai kat pintu depan masjid tu je.. itu pun dah cukup la.. Then, ayah akk tu izinkan.. Masa aku nak berjalan dari pintu gerbang masjid tu sehingga pintu masuk dewan masjid tu pun aku rasa kaku gler sebab ramai lagi lelaki yang tak balik lagi.. tapi x pela.. atleast ade lagi pompan2 kat stu.. so tebalkna skit muka ni..
Akhirnye penantianku tercapai jugak.. Disaat Ustaz Don membacakan doa dan beberapa ayat Al-Quran sebagai muqaddimah majlis ilmu tu, tetiba pulak air mata aku ngalir.. haha.. x la byk sgt.. mengalir sebab terharu sangat.. Terima kasih Ya Allah.. selama ni dgr kat TV AL-HIJRAH je.. sekrang ni dgr live depan die.. walaupun sekeliling aku MAJORITInya makcik2 yang dah setengah abad je.. huhu.. tapi aku cuba utk hilangkan rasa segan, malu dan seumpama dengannya.. suara bacaannya sangat merdu..
Tajuk bagi ceramah yang disampaikan adalah 'Kala Hidup Harus Memilih'. yang menceritakan tentang manusia yang hidup di atas muka bumi ini pasti akan terpaksa membuat pilihan.. Malah sebelum Nabi Adam alaihissalam turun kebumi lagi Allah telah memberi Nabi Adam pilihan.. iaitu.. Nabi Adam dan Hawa boleh menikmati apa2 pun makanan yang ada di Syurga
Then, seterusnya pada zaman anak Nabi Adam, Khobil dan Habil.. yang mengesahkan tentang perebutan perempuan yang akan dikahwini.. Allah suruh Nabi Adam utk kahwinkan anak2 lelakinya dengan anak2 perempuannya.. Ketika itu, Khobil dilahirkan kembar dengan adik perempuan (tak tahu namanya).. Habil pun dilahirkan kembar bersama adik perempuan.. jadi, Khobil kene kahwin dengan adik perempuan yang dilahirkan bersama Habil..manakala Habil pula kene kahwin dengan adik perempuan yang dilahirkan bersama Khobil.. ini menyebabkn Khobil x puas hati sebab perempuan yang bakal Habil kahwin lagi cantik daripada die punya.. utk menyelesaikan masalah ini.. Allah perintahkan menerusi Nabi Adam agar mereka membawa seekor kambing ke puncak bukit rasanye(x pastilah macam mana kisah sebenarnya..) tapi yang nak dikatakan dengan tajuk tentang PILIHAN ni.. adalah.. pilihan dimana Kambing siapa yang dipilih oleh malaikat, maka, orang itu berhak utk memilih perempuan mana yang hendak dikahwininye.. Malaikat memilih kambing Habil.....~~~~
Kisah seterusnya.. tentang sahabat Rasulullah s.a.w... iaitu Kotadah.. beliau merupakan salah seorang yang menyertai peperangan UHUD..
seperti yang kita tahu.. dalam peperangan Uhud, orang Islam telah kalah kan.. dan disebabkan kedegilan tentera Islam tak dengar cakap Rasulullah, jadi, Rasulullah terpaksa menerima akibatnya.. iaitu, gigi Rasulullah patah, Rasulullah terjatuh dalam llubang dan sebagainya.. para sahabat pakat2 mengelilingi Rasulullah utk lindungi Baginda daripada terkene panah daripada pihak musuh.. salah seorang sahabat2 tu adalah Kotadah la.. tiba2 Kotadah terlihat ada anak panah daripada atas mengarah ke arah Rasulullah.. Ketika itu lah dia terpaksa membuat pilihan samada dia memilih utk lindungi Rasulullah atau sebaliknya.. Seperti yang kita tahu, kalau zaman Rasulullah, pasti sahabat akan membantu Rasulullah walau apa jua keaadaan kan..? ya.. Kotadah menghulurkan kepalanya bagi melindungi Rasulullah.. dengan tidak menghiraukan keselamatan dirinya sendiri.. Mata Kotadah terkeluar.. die mengadu pada Rasulullah.. dan Rasulullah memberinya pilihan lagi..
Pemilihan yang kita kene buat dalam kehidupan ini tak akan habis sehingga Dajjal muncul nnti.. bahkan.. tyme Dajjah muncul nanti pun kite diberi pilihan.. Dajjal akan dalam satu kelompok ini.. katakan kolompok ini merupakan orang yang tidak beriman.. Dajjal menunjukkan kehebatannya membuat itu dan ini bagi membuktikan yang dia itu tuhan.. dia nak kelompok2 itu akui yang die tu tuhan.. bgi mereka yg lemah iman, die akan akui yg Dajjal itu adalh tuhan.. Kemudian, Dajjal pergi satu kelompok dimana kelompok2 ini terdiri daripda orang yang beriman.. sudah tentu die x percaya yang Dajjal itu tuhan.. setelah itu datangnya musim kemarau yang berpanjangan yang mnyebabkan kelompok2 org yg beriman itu semuanya mati... mari muhasabah diri... kita berada dikelompok yg mana agak2??????
Lebih kurang satu jam la jugak ceramah yang diberikan.. pengisian yang penuh bermanfaat dan diisi dengan lawak jenakanya memang membuatkan tetamu yang hadir disitu tak tertidur dgr ceramahnya walaupun waktu2 mcm tu kebanyakan orang sedang nyenyak tidur di katil..haha... Sebelum azan Asar berkumandang.. Ustaz tamatkan ceramahnya.. orang ramai mula berkerumun ke ustaz utk tangkap gambar dan amik tanda tangan.. di sebab kan aku x ade kamera utk dijadikan kenangan.. jadi, terpaksa aku berebut2 minx tanda tangan ustaz.. mmg aku sgt berdoa agar Allah permudahkan aku utk minx tanda tangan ustaz.. Alhamdulillah.. daripada aku berdiri dibelakang, akhirnya aku berada di depan meja betul2 mengadap ustaz.. hahaha... gementar rasanya.. sbb terlalu teruja.. dan inilah hsilnya..
Terima kasih sgt2 kepada Allah... =)
.::Sekian..WASSALAM::.
p/s: gmbar2 ustaz don yang kat tgh2 cerita tu gmba hiasan je.. x nak bgi nmpk entry ni byk sgt.... =) trima ksih kpd sape2 yg sggup bce smpai habis... ^_^
Pergh..ustaz don tu. Bahaya la gi sorang2. Lain kali ajak akak mimi..ecehh..
ReplyDelete