Monday, March 12

.::DEATH..anytime anywhere..::.


.::Assalamualaikum::.
Hari ini merupakan hari ke empat aku berada dirumah..
Hari ahad ni dah nak balik asrama.. sedeh lorh.. T_T
Tapi x pe.. lame2 pun aku kene jugak berpisah dengan mak ayah..
Hidup mesti diteruskan .. dan mesti diteruskan dengan sebaik mungkin..

Urm.. sebelum memulakan topik utamanye.. urm.. kaso dok ambe ckp 'aku' gini? hurm.. biarlah 'aku' tukar bahase yang lebih sopan ye.. ^_^ turns to 'SAYA'..


Today, i want to talk about DEATH.. Do you know when you will confront with death? hurm.. ofcouse don't know right? same with me.. ^_^ and everyone..
Tanyalah sape2 pun.. mereka tahu tak bila tibanya kematian itu? mesti diorg kata tak tahu kan..? ape lah tanye soalan cmtu...

Semua orang takut untuk menempuhi kematian itu.. Ada yang pernah kata sakitnya mati itu bagaikan kita tusukkan pisau ke anggota kita sambil menorehnya.. perh..! pedih tu.. Dan seperti yang kita tahu, Malaikat Izrail mencabut nyawa Nabi Muhammad s.a.w selembut2nya pun Baginda tetap merasakan kesakitan itu kan? Apatah lagi kita yang ibadahnya x seberapa kan? hurm.. sama2 muhasabah diri kite blik...
Setiap kali ada ceramah yang memaparkan tajuk KEMATIAN, semua orang menangis dengan penuh insafannya.. Taubat dengan segala perbuatan 'jahat' yang kita dah lakukan di dunia ini.. Tapi, kita masih lagi berbuat 'jahat'.. Saya akui saya juga dalam golongan sebegini.. Bila kita nak istiqomah ya?

Manusia mudah lupa.. tambah pula manusia akhir zaman seperti kita.. mudah sangat kecundang.. Apalah kita ni kan..? Adakah kita jadi semua ini kerana kita tak dapat hidayah dan petunjuk dari Allah? hurm..
Hidayah itu perlu dicari bukan untuk ditunggu.. Hidayah tak datang terus kepada kita tanpa sebarang usaha yang dilakukan.. Jadi, NAK SERIBU DAYA TAK NAK SERIBU DALIH..


Ok.. dah melalut jauh dri topik kematian ni.. ish3
Sebenarnya gambar disebelah kiri ni lah yang membuatkan saya tergerak hati nak cakap2 pasal kematian.. Ajal ni bila2 boleh sampai kawan2.. walaupun kita baru 16 tahun.. tapi klau Allah nak bagi kita mati sekelip mata pun boleh.. Sperti yang berlaku pada adik Nadirah atau Dring ek? urm.. Saya tak tahu sangat kisah ni sebab jarang dah tengok tv.. Nadirah yang dikatakan diculik pada 1 Mac 2012 dan dijumpai meninggal dunia dalam keadaan rentung dibakar pada 8 Mac ek? hurm.. Sungguh kejam manusia zaman sekarang.. kanak2 yang tidak bersalah diculik, dirogol dan dibunuh secara kejam.. padahal budak tu baru je 5 tahun..
.
Jadi, kesimpulannya memang kematian itu boleh berlaku kepada sesiapa saja tanpa mengira umur/ rupa/ negara dan sebagainya...

Oleh itu, saya ingin menyeru kepada rakan2 saya yang saya love, ^_^ terutamanya sahabat2 muslimah saya semua..

Bertindak lah segera wahai rakan2 yang saya sangat2 cintai..
Ya.. Ana sayangkan antunna semua..
Antunna semua kan sudah mengenali agama Islam.. sudah tahu apa hukum2 syara' semua.. saya yakin antunna semua dah tahu.. Perlu ke saya tanye sorang2 aurat wanita dari mane ke mane ye? saya rasa tak perlu saya tanya antunna semua macam budak kecik kan? :)


Hijab itu maruah kita.. tanpa hijab, maruah kita hilang.. (urr...betul ke perumpamaan ni??)
Wanita ibarat buah epal yang manis, merah warnanya yang berada tinggi dipokok.. susah untuk dicapai apatah lagi disentuh kan? Ia memerlukan pelbagai kaedah untuk mengambil epal yang enak itu.. Jangan pula jadi seperti epal yang berada di bawah2.. mudah diambil dan dimakan begitu saja.. Tanpa bersusah payah.. rupa2nya terdapat ulat didalamnya.. hm..epal itu dibuang begitu saja..



Saya memohon rakan2 yang benar2 disayangi.. delete segala gmbar anda tidak kira dimana, FACEOOK, TWITTER, MYSPACE, or FRIENDSTER?.. Cuba untuk jadi lebih baik daripada semalam.. Tiada alasan untuk seseorang itu x berubah kepada kebaikan.. ya, setiap perubahan memerlukan masa.. pasti banyak ujian yang akan Allah berikan.. janganlah jadikan ujian Allah itu sebagai alasan untuk anda berhenti daripada melakukan perubahan..ingat..! Ujian Allah itu tanda Allah sayangkan anda.. Allah ingin memberi keampunan kepada anda.. Allah tak
akan membebankan hamba-Nya dengan bebanan yang melebihi kemampuan hamba-Nya itu.. ingat itu..!

Masih belum terlambat untuk anda melakukan perubahan demi kebaikan anda sendiri.. JANGAN JADI GOLONGAN YANG RUGI DIAKHIRAT NANTI..!

Sesungguhnya teguran ini ikhlas dari hati..
Tidak berniat untuk menyinggungkan mana2 perasaan..
Cuba ingin menyedarkan bahawa hidup di dunia sementara..
Akhiratlah yang kekal abadi..
Sama ada kita ingin jadikan Syurga tmpt tinggal kita disana atau Neraka?
Tepuk dada tanya iman..
JANGAN TAKUT UNTUK BERUBAH..!
Teguran buat diri saya juga ^_^
Ingatkan antara satu sama lain.. ;)

No comments:

Post a Comment