'Dasar Ustaz kosanova!' -Jerit Aqilah sekuat hatinya melepaskan segala yang terpendam. Air mata yang tertahan selama ini diluahkan semahu mungkin. Dia menatap ke arah langit biru mengingatkan kembali saat2 pertama kali dia bertemu dengan Arif. Saat dia mula dikaburi dengan bayangan 'imam pilihan' nya.
Siapa tidak kenal dengan Muhammad Arif Loqman di sekolah itu? Seorang pengawas yang dipuji guru-guru. Senior yang disayangi junior. Lelaki kaya yang elok paras rupanya. Segalanya boleh dikatan perfect pada kaca mata Aqilah. Pada malam hari pula, diwaktu prep, jubah putih menjadi perhiasannya. Kitab Al-Quran pula sentiasa dipegang dan dibawa ke mana saja. Siapa yang tidak tertarik?
Kerana penampilan yang HOT itu, Aqilah bertekad ingin mengenali Arif dengan lebih rapat. Dia mula lupa dengan status dirinya sebagai seorang wanita muslimah yang sepatutnya menjaga pergaulannya dengan lelaki. Dia lupa. Dia leka. Dia alpa . Aqilah lah yang membuka dan membenamkan harapannya sendiri. Dia tidak berfikir panjang. Terlalu kalut mencari jodoh sedang dia tahu perjalanan nya ke arah mendirikan rumahtangga itu jauh lagi. sangat jauh walaupun dia sudah pun di tingkatan 5!
'Salam, ini Arif kelas pertama kah?'
'Wassalam. ya ana lah tu. Enti?'
Wah..! ber 'ana' 'enti'. Syaitan mula mencucuk2. Bertambah berbunga hati Aqilah apabila Arif pula menunjukkan minatnya untuk mengenali Aqilah. Rancak mereka berbual walaupun baru beberapa jam mereka 'berbicara' dalam laman sosial FACEBOOK.
Sudah sebulan mereka mengenali dan menjadi sahabat alam maya. Sedang kan di sekolah masing2 sepi. senyap. tidak bertegur sapa. Apabila tiba minggu pulang ke rumah, rancak pula bersembang. masing2 mempersoalkan mengapa mereka tidak bertegur sapa di sekolah. Pelbagai nasihat dan video ceramah yang Arif berikan kepada Aqilah. Untuk meng'halal'kan ikhtilat katanya. Aqilah, seorang perempuan yang mempunyai sifat dipimpin akur dengan persahabatan yang terjalin dalam laman sosial itu.
Suatu hari, Arif membangkitkan isu couple. Soal jodoh dan seangkatan dengannya. Aqilah melayan juga. Barulah Aqilah tahu bahawa Arif pernah bercouple. Orang dilamun cinta, segalanya dianggap betul. Sehingga perkara itu Aqilah hanya berkata.. 'semua orang ada masa silam'. Hari demi hari, semakin byk rahsia hati yang dikongsi Arif kepada Aqilah. Aqilah juga begitu. Masing2 leka bermesej sehingga lewat malam. Tahajjudnya tidak pula.
Beberapa bulan kemudian, Arif tidak lagi membalas segala mesej Aqilah. Berhari-hari lamanya bagaikan bertahun-tahun! Aqilah mula rasa sebal, sedih dan buntu dengan perubahan Arif. Suatu hari, dia mendapat tahu bahawa Arif rupanya sedang bercouple dengan sahabat Aqilah sendiri. Betapa terkejutnya Aqilah menerima khabar itu sehingga dia dengan tekadnya menghantar surat layang kepada Arif. Segala cacian dilontarkan Aqilah melalui surat itu. Sungguh, dia tidak tahan lagi, Sejak hari itu, Aqilah benci Arif. Terlampau bencikan dia, Bagi Aqilah, Arif hanya manusia yang menggunakan imej sunnah Rasulullah hanya untuk memikat hati orang ramai terhadap dirinya. Setelah mengenali Arif dengan begitu rapat, dan ditipu memberi harapan palsu terhadap dirinya, lama kelamaan, barulah Aqilah menyedari sifat sebenar Arif. Sifatnya langsung tidak menggambarkan amalan sunnah yang ditunjukkan kepada orang ramai. Matanya tidak lari daripada memandang wanita!
Peristiwa itu sedikit sebanyak memberi tamparan hebat dalam hidupnya. Aqilah mula berpaling mencari haluan cinta hakiki kembali. Tekad dia kali ini pastikan padu. Dia tidak percaya lagi dengan imej lelaki yang bajet alim dihadapannya. Aqilah perlukan Allah. Setiap hari dia cuba untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik. Dia sudah kerap bangun bertahajjud. Dia serahkan ketentuan jodoh nya kepada Allah. Meminta agar Allah bantulah dia menjaga hatinya. Jangan lagi menyakiti hati sendiri. Menangis Aqilah malam itu memohon ampun daripada Allah diatas segala silapnya.
Hari-harinya kian baik. Dia merasakan Allah sedang melindunginya. Walaupun perkenalan nya dengan Arif memberi kenangan buruk pada dirinya, tapi dia sedar segala yang terjadi pasti ada hikmah. Peperiksaan SPM telah pun tamat. Lega rasanya tidak dapat menatap wajah Arif tiap hari disekolah. Kali ini dia benar2 tekad untuk membuka lembaran baru dalam kisah hidupnya. Sungguh terasa hinanya diri tatkala hati ini murah diberikan kepada sesiapa saja. Aqilah kesal.
Keputusan UPU telah keluar, Alhamdulillah. Aqilah berjaya ditawarkan ke sebuah IPTA untuk melanjutkan pengajiannya. Apa jua keputusan yang diberi, pastu itu yang Allah tetapkan pada dirinya. Aqilah sudah belajar bersyukur. Segalanya pasti ada hikmah. PASTI. Segala kelengkapan diri untuk menjadi seorang mahasiswi telah disiapkan. Malam sebelum bergelar mahasiswi itu, Aqilah bertekad untuk mesej Arif. Itu akan menjadi mesej terakhirnya dengan Arif. Tujuannya dua ; untuk mengetahui niat sebenar Arif melayani dirinya dulu dan ingin mendapatkan ketenangan diri.
Malam itu...................
(bersambung)
No comments:
Post a Comment