Hah~~ Cakap saja pasal 'UNDI' mestilah ada kaitan ngan isu semasa, PILIHAN RAYA KE-13 :)
Syarat kelayakan untuk mengundi 21 tahun ke atas. Ye saya tahu~~
Haha. kelakar lah bila ramai yang mempertikaikan kelayakan saya untuk bicarakan isu ni.
Rasanya, syarat hanya dikenakan kepada PENGUNDI bukan PENYOKONG.. betul tak kawan2?^_^
Terima kasih..
Erm, entah kenapa dan kenapa? mereka masih membuta?
Adakah kerana gunungan wang ringgit yang dijanjikan? atau hanya kemewahan yang bersebab?
Wallahu alam.. Saya tak berani nak kata apa. Biarlah Allah yang nilai sama ada mereka ikhlas atau tidak dalam segala bantuan berbentuk wang ringgit.
Jika saya diberi peluang untuk mengundi, saya wajib undi parti2 yang memperjuangkan agama Islam..!
Itu yang utama. Bukan hanya untuk rakyat. Sebab apa?
Pemimpin yang memerintah berpaksikan ajaran Islam akan melahirkan rakyat yang mengenal apa itu Islam.
Dan InsyaAllah, akan lahirlah masyarakat2 yang bertamadun. So, tak perlu lagi lah kelab2 malam yang bersepah kat KL sane tu (salah satu faktor kenapa saya benci giler nak pegi KL, sakit mata! )
So, bila bende2 ni x de, x de lah bazirkan duit negara..
Banyak yang nak cerita tapi takut terkutuk lebih. Maklum lah, perkara cam ni bukan bleh main cakap je. Takut kat Akhirat jadi beban sendiri. So, just bagi nasihat je lah~~
1) TOLONGLAH TAKUT DOSA FITNAH. Bukan dosa kecik tau.! BESAR..! budak darjah satu pun tahu hukum.. aduiihh.. Semua yang up-to-date pasal Projek IC semua dah tahu cerita sebenar. Tapi tadi kat TV1, berita kata Pembangkang terdesak membawa masuk PATI. What the..?? ==' jadi bosan bila banyak sangat benda tak betul yang disebarkan.. bERSAING SECAA SIHAT.. ^^
2) Jangan kata orang kalau diri sendiri buat.!
hah, ni agak kecil hati dgn makcik ni.. Satu hari, saya bg status pasal menifesto **.. pastu dia wat status kat FB die lebih kurang cm ni.. ' Awak tu mengundi pun tak layak lagi. pergilah belajar dulu..blablablabla...'
pastu kawan die komen lebih kurang cm ni..' Entah, otak dorg letak kat mana la. Lutut kot.' pastu makcik tu balas..' Haha (tanda setuju, bukannya nak protes kate kat saudara sendiri..saboo jela) kalau aku, tak adanya nak kasi anak2 aku ambik tahu pasal2 politik ni..'
Aduii.. aku pun like status dan komen2 die.. sebagai isyarat aku baca status tu ^^ Last2 semalam tengok gamba anak2 nya beratur pakai baju NAJIB MY PM.. hm.. ape2 je la :)
3) Think positive. Apa yang nak dirisaukan Malaysia dipimpin dibawah Pakatan Rakyat? mereka bukan pendatang asing yang nak memerintah negara. Mereka tentu akan lakukan yang terbaik utk negara kita. Tak de musnahnya Malaysia. Dan kalau PR tak dpt perintah dgn baik, 5 tahun lagi tukar lah balik. Apa yang risau? ke risau tak dapat balik? huhu
4) Lihat kepada diri pemimpin. Lihat sahaja corak pendidikan yang diberikan kepada keluarga pemimpin itu sendiri. Sudah dipenuhi ke belum semua perintah agama? Kat situ nampak jelas ciri2 pemimpin yang TERBAIK..!
5) Lihat kepada berbezaan pembangunan negeri2 yang diperintah oleh kerajaan yang berbeza. Tak nak cerita panjang. PM kate kat TV1 tadi, Pembangkang tak ada pengalaman dalam memerintah. Tapi kalau nak tengok sekarang negeri Kelantan dan Selangor jelas kelihatan kemajuannya. Sampaikan rakyat sendiri tak mahu tukar. So? masih tak nampak lagi?
6) Jangan sebabkan politik, hubungan kekeluargaan menjadi renggang. So, As a muslim, saya nak minta maaf kepada semua jika terdapat kekasaran dalam percakapan saya. Saya hanya ingin MEMBANTU abang2 kakak, pak cik2 makcik2 ustaz2 kat luar sana untuk tegakkan agama Islam di Malaysia ini. InsyaAllah mereka MAMPU memerintah kerana mengikut lunas2 Islam. Allah lebih mengetahui. Macam2 dah diusahakan. ini pun jihad jugak. terpulang pada anda sekarang. Jangan lepas ni menyesal sudah kerana memilih pemerintah yang salah.
SAYA PILIH PARTI YANG BANYAK ULAMA' ^_^ ITU LEBIH SELAMAT
SELAMAT MENGUNDI SEMUA..!!
SEBELUM AKHIRI POST BERANI MATI KALI INI, SAYA LETAKKAN SEBUAH LAGU DARIPADA YASIN.. REFORMASI..BEST3 ^_^
INI KALI LAH..!! TAK ADA LAIN KALI..!!
^_^
ALLAHU AKBAR
IKHLAS DARI ADIK MU :)
No comments:
Post a Comment