Assalamualaikum~~
Hari ni 25 May 2013..
erm, hari Ibu 12 May 2013..
Bape hari dah terlajak ni.. haha!
Budak asrama baru habis exam tak balik 3 minggu~~
Who cares??
Hari-hari hari Mak..!
MAK, Pn Hajjah Rasyidah Binti Mohd Jasin, dilahirkan pada 19 September 1960. MAK telah melahirkan 5 orang anak, 2 orang anak lelaki dan 3 orang anak perempuan dari umur 29 tahun hinggalah 17 tahun. Kami semua dah besar panjang. Dua orang telah pun mendirikan rumah tangga, InsyaAllah seorang lagi bakal menyusul. Tinggallah 2 orang lagi yang mana lagi seorang lagi tu tunggu masa je. Tinggallah Si Bongsu ni. Alhamdulillah, Aku dikurniakan seorang MAK yang sangat penyayang dan PERFECT..!
MAK pandai masak. Semua masakan daripada masakan barat ke timur, utara ke selatan semua MAK reti masak. Minta saje masak apa2, pasti MAK akan cuba penuhi permintaan anak2. Masakan modern, tradisional ke semua MAK tahu. MAK memang PERFECT..!
MAK suri rumah tangga sepenuh masa. 24 JAM ada untuk kami. Kami tak kurang kasih sayang MAK.. Marah, bebel, tu semua biasa. Itulah sifat seorang MAK. Kalau tak ada sifat2 tu tak nama MAK la. MAK jadi PERFECT dengan sifat tu. MARAH tandanya SAYANG. :)
MAK sangat prihatin. MAK sangat risaukan kami terutama anak2 perempuan. Kami tak dibenarkan keluar melepak dengan kawan2 sesuka hati. Nak pergi KL naik KTM pun tunggu dapat belajar jauh2 baru MAK kasi padahal kawan-kawan semua boleh pergi. Dah biasa dengan sikap MAK, aku tak berani nak janji apa2 dengan kawan kalau diorang ajak pergi mana2. MAK tak kejam. Anak2 daranya tak de lah terperam dok kat rumah je. Boleh je kalau nak pergi mana2 dekat2 rumah. SAYANG MAK.
MAK cantik. Kawan-kawan semua kata MAK aku bergaya. Aku suka gaya MAK. Asal pakaian MAK tutup aurat dan penuhi tuntutan syara' aku suka. MAK pandai bergaya dan aku suka tengok MAK. MAK sangat cantik. ^_^
Walaupun MAK tidak berpelajaran tinggi macam MAK-MAK orang lain, tapi MAK berjaya membesarkan kami jadi anak-anak yang berguna pada keluarga, agama, bangsa dan negara..! MAK berjaya membesarkan 3 orang Engineer daripada graduasi Universiti Sains Malaysia, Universiti Teknologi Mara, Univercity of Sheffield, United Kingdom, seorang bakal pengurus syarikat,insyaAllah yang sedang menuntut di Universiti Teknikal Melaka Malaysia dan seorang lagi ni, insyaAllah bakal Ustazah, bakal menuntut di salah sebuah universiti di Jordan. huhu.. Semuanya menjadi hasil didikan MAK..! MAK hebat..!
'Ya Allah, Kau panjangkanlah umur MAK. Berikanlah kesihatan dan kesejahteraan kepada MAK. Berikan kebahagiaan kepada MAK dunia dan akhirat. Jauhkanlah MAK daripada azab2 Mu, azab kubur Mu, azab akhirat Mu dan azab Neraka Mu. MAK tak layak untuk terima semua itu kerana MAK adalah MAK yang terhebat dan terbaik yang tidak akan ada penggantinya. Sayangilah MAK sepertimana MAK sayangkan kami, anak-anaknya. Jadikanlah kami anak2 yang mengenang jasa MAK hingga akhir hayat kami. Peliharalah MAK. Ampunilah segala dosa2 MAK. Ameen~~'
.:Wassalam::.
No comments:
Post a Comment