Wednesday, October 24

Ukhwah bikullin Nas :)

Malam yang tenang ditemani bintang yang indah.
Jarang dapat berhari Rabu kat rumah..
Alhamdulillah, dapat merasa sekarang..
Walaupun paper chemist tadi teramatlah 'membunuh' soalannya..!
*******
Jam dah tunjuk pukul 2 pagi khamis..
Mata masih digagahkan untuk tidak dilelapkan..
Masih terbayangkan cerita 'Snakes in a plane' tadi..
Errrk..! amat teruk .. ngeriii .. suspen ..!
****

~~Bismillahirrahmanirrahim~~
Indahnya ukhwah kerana Allah taala..
Selepas lawatan mak dan ayah tercinta kesekolah petang ahad itu,
Aku mula buka buku Sejarah kembali..
Hah..! Sejarah, mestilah subjek yang paling 'membahagiakan' semua pelajar.
Seusai mendirikan solat fardhu Asar di Musollah Ar-Raudhah,
Aku terserempak dengan seorang kakak yang kelihatan memakai pakaian biasa bertudung bidang
(orang luar)

Aku terus menegurnya sambil menghulurkan tangan untuk salam.
Aku jangka kakak itu daripada UiTM Shah Alam, wakil Synergi Media yang memang ingin datang ke SAMTTAJ petang tu..
Kakak tu kerap datang atas permintaan Iqa dan Najihah untuk adakan usrah sekaligus tolong Pihak Synergi jualkan majalah Synergi (sebuah majalah islamik yang baru dikeluarkan)
Ohh.. Kak Ain.. ni Kak Syikin..

(gambar hiasan)

Kami sama2 membuka senaskah tafsir Al-Quran dan tadabbur beberapa ayat2 cinta Allah..
Kak Ain yang banyak bercerita.
Kemudian kami bertukar2 cerita diselangi dengan motivasi yang membakar semangat.
Buku Sejarah aku tinggalkan untuk menyertai usrah 'persendirian' itu.
Memanglah agak khuatir sebab tak 'cover' semua lagi.
Tapi kekhuatiran aku mulai reda dengan kata2 kak Ain..

'Tak pe.. Kita luangkan masa sikit kat Allah. Allah pasti akan luangkan waktu-Nya utk membantu kita.."

Asal pertemuan tu sebenarnya nak membincangkan tentang Kem Remaja Synergi yang bakal berlangsung pada 21-23 Disember 2012 di Gopeng, Perak, InsyaAllah..
Tapi.. perbincangan itu telah melahirkan sebuah ikatan silaturrahim antara insan yang baru dikenali..
Sungguh, Taaruf itu indah :)

Di pintu Musollah kami berborak lagi.. 
Aku dan Kak Ain saje..
Aku tertarik dengan Kak Ain.
Dia bukan berlatarbelakangkan sekolah agama tapi personalitinya sekarang sngat cantek..!
Wajah dia pulak betul2 mengingatkan aku dengan Fara Shahida, kawan baik SAMPJ :)
Betul2 sebijik...!

Kami rancang nak handout together..
Lagipun aku dan yang lain dah rancang nak outing lepas SMA, so, aku cadang kita handout same2..
Najihah pun tak kesah.. 
Yang bestnya, Kak Ain ngan Kak Syikin ajak berkelah same2 dekat Taman Tasik Shah Alam..
Sambil tu boleh berkayak ^^
Untuk kepastian nanti, Kak Ain dan Kak Syikin bagi nombor telefon kat aku :)


Indahkan jika kita saling kenal mengenal antara satu sama lain
Meluaskan 'wilayah' kita
Bila2 masa nak minta tolong, Allah pasti bantu
Lagi indah jika kita saling amalkan amar ma'ruf nahi mungkar
Aku teringin nak hidup dikalangan orang2 yang mengamalkan amar ma'ruf nahi mungkar
Dengar azan berkumandang
'Jom pi solat'
Semua pergi solat 
Ada suasana yang mampu melawan godaan Syaitan
InsyaAllah.. akan ada suasana macam tu nanti
^_^
Jom kawan..?

p/s : Promote:
Dapatkan majalah islamik Synergi..!


Ayuh sokong produk islam ^^

No comments:

Post a Comment