Salam Aidilfitri
Hah.. lagi 3 hari lagi nak raya..
Sekolah pun dah start cuti sekolah..
Khamis cuti.. Alhamdulillah.. =)
Bila musim perayaan tiba, confirmlah jalan jem nak balik kampung nanti =,='
apatah lagi nak ke Kedah nanti.. bersedialah..
Tapi x pe.. tak kesah.. sebab perjalanan kami adalah perjalanan pada waktu malam.. sejuk~~ wee ^^
Post kali ni nak kongsi ilmu sikit..
Ilmu yang diperolehi dari sebuah ceramah dan sebuah majalah untuk remaja yang sebenar..
remaja yang muslim dan mukmin, insyaAllah..
majalah untuk remaja generasi hadapan yang celik Al Quran..
Majalah Gen-Q.. hehe
tajukknya.........................
Perkara2 Sunat Ketika Hari Raya Aldilfitri
Walaupun perkara2 ni dah ramai orang tahu, tapi apa salahnya kita biarkan ilmu ini terus tersebar luas kan..
Manalah tahu ada yang tak tahu then dia share kat kawan2 dia..kan molek gitu.. :)
=Jom mula=
Malam Raya....
Hidupkan malam raya dengan beribadah kepada Allah
Lakukan beberapa amalan2 yang memuji Allah taala.. BerTAKBIR.. tak sabarnya nak tunggu saat takbir raya berkumandang.. sayu hati dengar.. ^^ Bukan bertakbir saja, teruskan amalan2 yang lazim kita buat ketika bulan Ramadhan, baca Al-Quran, bertahmid, bertasbih dan sebagainya.. Oh.. jangan lupa bagi yang berkesempatan terutama lelaki, pergilah solat jemaah di masjid/ surau.. ramaikan jemaah.. =)
Sabda Rasulullah :-
(من أحيا ليلة الفطر وليلة الأضحى محتسبا، لم يمت قلبه يوم تموت القلوب) أخرجه ابن ماجه عن أبي أمامة.
Maksudnya, Barang siapa yang menghidupkan malam raya Fitrah dan raya korban, maka, hatinya tidak akan mati pada satu hari yang mana hati-hati orang lain akan mati.
So, renung2kan.. jgn ingat nk main mercun je ~_^
Pagi Raya.....
Mandi sunat hari raya, memakai wangi-wangian dan pakaian cantik
Kita disunatkan mandi sunat hari raya pada selepas subuh dan sebelum solat sunat hari raya.. Kemudian pakai baju cantek2.. tapi AWAS..! bagi perempuan, jangan tabarruj..! ingat, cantik utk suami je.. hehe.. sederhana saja.. kita sambut hari raya utk menzahirkan kesyukuran kepada Allah.. Memakai wangi-wangian bagi LELAKI sahaja... Perempuan kalau nk pakai minyak wangi ni bahaya sikit.. sekali lelaki ajnabi terhidu bau tu, hm.. habislah.. Ingat2 lah sikit, kita raya dengan sepupu sepapat yang lain... diorg tu bukan mahram kita yek..! pakai je la talkum SAFI.. =)
Lepas pakai baju cantik2........
Makan sebelum solat sunat hari raya
Sabda Rasulullah,
(كان رسول الله لا يغدو يوم الفطر حتى يأكل تمرات) رواه الحاكم
yang bermaksud, Rasulullah tidak keluar pada pagi hari raya Fitrah sehingga Baginda makan beberapa tamar.
Maksudnya kat sini, kita disunatkan makan buah tamar dalam kuantiti yang ganjil (3 biji) sebelum melaksanakan solat sunat hari raya aidilfitri..
Menuju ke Masjid.......
Bertakbir ketika berjalan kaki menuju ke Masjid
Baca hadis ni jap...
(من السنة أن يخرج إلى العيد ماشيا) رواه مسلم
maksudnya, salah satu sunnah Rasulullah adalah Baginda keluar untuk solat hari raya dalam keadaan berjalan kaki..
Kita jugak disunatkan menggunakan jalan yang berlainan ketika pergi dan balik masjid.. Ini apa yang saya faham dari ceramah yang disampaikan oleh ex-pelajar SAMTTAJ sendiri, tujuan menggunakan jalan yang berbeza adalah supaya orang2 yang nampak kita ke masjid akan menjadi saksi kita di akhirat nanti..
Balik daripada masjid............
Bersikap pemurah
Bersikap pemurah ni agak umum maksudnya.. Pada hari raya ni, kita sangat digalakkan supaya perbanyakkan bersedekah dan jangan lupa zakat Fitrah..! dah start bayar ke blum? ingatkan ayah2 kita ye....
Cakap pasal zakat fitrah ni, waktu afdhal nya dari terbenam matahari 30 Ramadhan hingga sebelum solat sunat hari raya kan.. Tapi sebenarnya kita lebih digalakkan untuk bayar awal sebab tujuan kita bayar zakat ni untuk bantu mereka yang memerlukan semperna hari raya ni kan.. jadi, kalau kita bayar lambat, duit kita tak dapat digunakan oleh mereka.. so, pihak zakat terpaksa guna duit orang lain dulu.. urr.. faham tak? ni apa yang saya dapat daripada ceramah tadi jugak..huhu (kalau nak bayar zakat hubungi abang saya..) <-hah..! iklan sebentar ^^
Sikap pemurah dengan ahli keluarga.. so, kepada orang2 yang sudah bekerja tu hulur2 kan la singgit due inggit pun saya terima.. hehe..
Ziarah menziarahi
رواه جبير بن نفير قال: (أصحاب رسول الله إذا التقوا يوم العيد قال بعضهم لبعض : تقبل الله منا ومنكم) قال الحافظ ابن حجر.
Maksud hadis ni pulak.. Para sahabat Rasulullah, apabila mereka berjumpa pada hari raya, mereka akan mengucapkan sesama mereka ,' semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu'.
Tahu tak, time raya2 cmni lah orang mengalu-alukan kedatangan tetamu. Tak kira miskin, kaya, tua atau muda semuanya bersedia nak sambut tetamu yang datang. Jadi, gunakan kesempatan ni.. Tyme ni lah nak eratkan silaturahin.. =)
Berseronok-seronok
Mungkin ini yang terakhir,
Rasulullah sangat galakkan kita utk berseronok-seronok pada hari raya.. Hari raya bukan hari kesedihan. Ia hari kemengangan bagi umat Islam yang berjaya melawan hawa nafsunya selama sebulan.. Tahniah utk kita semua..
(قدم النبي (ص) المدينة، ولهم يومان يلعبون فيها، فقال: قد أبدلكم الله تعالى بهما خيرا منهما يوم الفطر والأضحى.) رواه النسائي وابن حبان.
Maksud hadis di atas,
Ketika Rasulullah datang ke Madinah, dan bagi mereka (penduduk madinah) terdapat dua hari yang mereka berseronok padanya, Maka Rasulullah bersabda, 'Sesungguhnya Allah telah menggantikan kebaikan kepada kamu dengan dua hari tersebut, iaitu hari raya Fitrah dan Hari Raya Korban'
Jadi, kita nak buat apa, buat lah.. nak dengar lagu ke.. nak main mercun ke.. buat lah semuanya..!
Tapi kene ikut syara' yang telah ditetapkan.. dengarlah lagu2 yang melahirkan rasa kesyukuran kita kepada Allah.. Nasyeed.. nak main mercun, mainlah.. tapi janganlah main mercun yang boleh membahayakan diri sendiri pulak.. nanti diri yang binasa.. mercun PoP POp sudah.. murah pun murah.. ^^
Sedang asyik berseronok, ingat... ada yang kembali mengganggu kita..
Kuatkan Iman...!
Sekian coretan pada malam ini..
Assalamu alaikum~~~~~~~~~~~
No comments:
Post a Comment