Alhamdulillah. bru selesai menelaah novel 'Aku Ada Wali' yg sebelum ni terasa malas amat nk baca.
Akhirnya kekuatan dan dorongan minat membaca yg ditiup kawan2 membuahkan hasil..! yey.!! :P
Agak cemburu dengan watak yg dimainkan oleh Syumaila. Seorang muslimah yg sangat2 menjaga dirinya. Tiada masa melayan lelaki. Hanya ingin menerima lelaki yg benar2 berani jumpa dengan walinya.
Mustahil la kan kalau nak kate dia mmg tak ada perasaan pada mana-mana lelaki. Ada.. ada punya. manusia kot. Yes,, dia ada rasa satu perasaan aneh terhadap Mu'tasim, seorang presiden persatuan yg 'alim dan beragama. Sape tak cair nengok pak ustad :P kuikuikui..
dan Mu'tasim pun minat giler kat Syumaila. Cuma.. tu la.. slek sikit.. Cara pendekatan Mu'tasim tu agak ekstrem. Terus nak kaut 2 orang buat bini. perh! tamak haloba.! tahu la Islam membenarkan poligami. Tapi kalau sampai bru kahwin nak dapat madu dah.. perh.! sape sanggup :P kejam3..
Okey.. tak kisah la.. yg penting, aku dapat banyak pengajaran daripada novel yg setebal hampir 500 muka surat tu. Alhamdulillah. membuatkan diri kembali subur dengan cita2 nak capai watak wanita solehah di bumi ni.
Dugaan hari ni agak mencabar. Allah sedang menguji sesuatu yg sangat aku lemah. :( hm..
Jujurlah aku sebenarnya bimbang dengan masa depan aku. ya berkenaan jodoh. Jika ditakdirkan jodohku bertemu dengan ajal dulu, adakah aku sudah bersedia? itu da masalah besar.
Atau mungkin, jika diizinkan aku bertemu jodoh aku di dunia ini, bagaimana pula permulaan perkenalanku dgn dia?
Aku tak mahu terlampau berangan mendapatkan seorang ustaz yg mungkin daripada sekolah pondok, tahfiz. mashaAllah. boleh katakan suamiku encik perfect 100 .. Sebab aku sendiri tak merasakan aku layak utk lelaki seperti tu. Bagi ayah aku sendiri pernah berpesan, asalkan dia dapat membimbing aku , keluarga aku, anak2 aku.. Dia tahu agama. tahu asas2 hukum dalam agama.
Bukan lah sekadar asas Islam semata. mesti lah selevel supaya senang la nanti aku tak ambil tugas seorang suami yg sepatutnya mengajar isteri tentang selok belok agama kan?
Ya. memilih agama itu yg paling utama. insyaAllah :) Addeen kan ^_^
ehem3